Sedih dan kecewa bercampur baur dalam hati ku terhadap diri ku sendiri.Malang teramat malang aku masih tumpas kepada desakan nafsu ku sendiri.Hancur musnah berantakan segala azam dan tekad yang disemat semasa dipangkal usia 61 setahun yang lalu.Bertambah parah lagi dah 13 hari di bulan haram Rejab tahun 1445H ini telah berlalu sia-sia.
Tak lama lagi akan menjelang pula tarikh 5 Syaaban 1443H (5 Syaaban 1380H - 5 Syaaban 1445H),tarikh keramat usia ku genap 65 tahun jika dihitung mengikut kalendar hijrah.Usia 63 tahun adalah usia wafat Rasulullah SAW.Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda rata-rata usia ummat Baginda adalah 60 ke 70 tahun.
Tragisnya kedudukan aku sekarang sebagai penghuni di dunia ini.Andai ditamsilkan seperti permainan sepak bola,ketika ini ada period 'masa kecederaan',masa untuk score goal dan bukan lagi masa untuk mengelecek bola.Sewajarnya masa kini aku menendang bola untuk terus melepasi gawang ... GOL.Tidak ada lagi alasan untuk bola itu tersasar ke arah luar gawang.
Ya Allah Ya Tuhan ku,sesungguhnya hamba Mu ini lemah dan jahil.Bantulah hamba Mu ini untuk sentiasa mengingati Mu,sentiasa mensyukuri nikmat Mu dan sentiasa menyempurnakan ibadah kepada Mu,Amin!
Better Late Than Never
My New Me must being started!
Hidayah itu ada di rumah Allah - aku mesti mencarinya di sana,di Masjid Al-Lutphi,Batu Hampar.
No comments:
Post a Comment