Sunday, February 28, 2021

HIJRAH MINDA KU BERMULA KIV

AKU @ 23.01.2021 & HIJRAHKU @ 60


PUSINGAN PERTAMA : BACA BUKU-BUKU YG KURANG DARI 150 MUKA SURAT

MA'ALIMUL ABRAR : CIKGU SUKARNO BIN ABDUL HAMID
SUKARNO ABDUL HAMID (SETIAUSAHA PAKSI)(2020) : RM90.00

JANGAN CUBA-CUBA TINGGALKAN SOLAT : USTAZ IBNU SELAMAT
PUSTAKA AZHAR (2018) : RM18.00

Friday, February 26, 2021

10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG DAH BERUMUR 50 TAHUN

10 NASIHAT UNTUK YANG BERUMUR 50 TAHUN KE ATAS

Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj

Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.
Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.
Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja

2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi “full time baby sitter”. Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.

8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT)

10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Sumber: ~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~


15 NASIHAT UNTUK ORANG YANG DAH BERUMUR 50 TAHUN
BERAPA UMURMU? - SUDAH 50 TAHUN?
"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun" 

(Hadith Riwayat Bukhari)
Al-Khattabi berkata : "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan. kerana usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dengan kematian...Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah."
(Tafsir al-Qurthubi)
Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun,
*Nasihat Fudhail kepadanya : *"Bererti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus..!"
Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 50 tahun :
1. Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.
2. Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal salih.
3. Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.
4. Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur.
5. Perbanyak doa mengharap keredha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.
6. Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.
7. Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.
8. Kerapkan menjalin silaturrahim dan merapatkan hubungan yang renggang sebelumnya.
9. Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.
10. Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.
11. Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.
12. Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.
13. Berhentilah dari semua maksiat !
*mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu*
*tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu*
*mulut, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*
*telinga, berhentilah mendengar hal2 haram dan tak bermanfaat*
14. Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa
15. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat, waktu dan keadaan
Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum 50 tahun, kerana...
*KEMATIAN TIDAK MENGENAL UMUR.*

aku dah pun 60+  ???

Thursday, February 25, 2021

PETUA UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN


 Petua dari TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HJ MOHD ROMLI untuk buang angin dalam badan dan lancarkan sistem penghadaman,insyaALLAH.

semoga bermanfaat wal barokah..Aamiin Allahumma Aamiin.🤲😊
صلى الله علی سيدنا محمد❤️

4 BENDA PERLU ADA DI RUMAH UNTUK HALAU JIN

Wednesday, February 24, 2021

DOA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT

TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI

CARA 24 JAM BERIBADAH

7 AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN DALAM SEMINIT

 Masa begitu pantas berlalu tanpa kita sedari. Terkadang kita rasa baru pagi tetapi tiba-tiba waktu dah petang.

Apa kata kita selitkan amalan supaya masa yang kita ada tidak berlalu begitu saja. Boleh buat sambil melaksanakan tugas hakiki di tempat kerja, di rumah atau di mana saja.
1) Membaca surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas hanya mempunyai 4 ayat sahaja. Sangat mudah untuk membacanya.
Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali pada setiap hari, Allah akan bangunkan rumah untuknya di syurga. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
"Siapa yang membaca Qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga."
-Hadis Riwayat Ahmad
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Allah akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan segala urusan kita dan sebagainya.
"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda."
-Hadis Riwayat Muslim
Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat lebih 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.
3) Beristighfar memohon keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Allah akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka.
Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;
"Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."
-Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.
4) Bertanya khabar keluarga
Dengan wujudnya pelbagai kemudahan media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan sms, whatsapp atau telegram sahaja, sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.
Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
"Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim."
- Hadis Riwayat Bukhari
5) Lafaz tasbih.
Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda;
" Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu Subhanallahi wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. "
- Hadis Riwayat Muslim
Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini, ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Allah, pencipta alam.
Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.
6) Akui semua kejadian adalah kehendak Allah.
Kalimah ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
" Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga."
- Hadis Riwayat Bukhari
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.
7) Mendoakan orang lain
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja. In syaa Allah, Allah juga akan memberikan doa yang sama buat kita.
Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Allah.
“Ya Allah, murahkanlah rezeki dia”. In syaa Allah kita juga akan turut dimurahkan rezeki.
Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
" Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan daripada setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya."
- Hadis Riwayat al-Thabarani
Marilah sama-sama kita amalkan 7 amalan mudah ini. Insya-Allah semoga perkara baik yang sangat mudah ini, kita memperolehi ketenangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Wallahuaklam.
@Kredit penulis asal yang tidak diketahui.
nutfiaarash2u

Tuesday, February 23, 2021

TEKANAN DARAH NORMAL SEBAB BACA AL-QURAN

SURAH AL-FILL DIAMALKAN TERHINDAR DARI MUSIBAH DAN ANCAMAN MUSUH

10 SURAH DALAM AL QURAN DAPAT MENCEGAH 10 PERKARA

 1. Surat Al Fatihah mencegah kemarahan Allah

2. Surat Yasin mencegah kehausan dihari kiamat

3. Surat Ad Dukhan mencegah kesusahan dihari kiamat

4. Surat Waqiah mencegah kekafiran

5. Surat Al Mulk mencegah siksa kubur

6. Surat Al Kautsar mencegah permusuhan

7. Surat Al Kafirun mencegah kekufuran ketika dicabut roh

8. Surat Al Ikhlas mencegah kemunafikan

9. Surat Al falaq mencegah irih hati seseorang

10. Surat An Nas mencegah was was
Semoga Bermanfaat😇

Tuesday, February 16, 2021

ILMU DAN AMAL WAJIB SEIRING SEJALAN

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia daripada segumpal darah; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(surah al-‘Alaq:ayat 1-5)

Menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT menurunkan ayat yang pertama daripada al-Quran yang mengatakan perihal ilmu. Ilmu dalam konteks aqidah seseorang itu mestilah memahami dan berfikir ke arah menyuburkan iman seterusnya membuahkan amal di mana ilmu dan amal itu haruslah bergerak seiring. Pengaplikasian sesuatu amal melalui proses pembelajaran sebelumnya boleh mendidik seorang individu ke arah pembaikan dan pembentukan diri. Terutamanya individu Muslim yang mengamalkan prinsip-prinsip kesyumulan Islam secara menyeluruh. Ia boleh juga diumpamakan ibarat sebutir permata yang menjadi sinar ke arah mencapai daulah Islamiyah yang merupakan matlamat umat Islam dalam meneruskan perjuangan risalah Nabi SAW menegakkan kebenaran.

Imam Hassan al-Banna ada berkata, ”Wajib ke atas setiap Muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat apabila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami”. Tiga komponen manusia yang saling berkait rapat dalam membentuk keperibadian individu Muslim yang syumul iaitu akal, jasad dan ruh di mana kesemua elemen ini dapat kita aplikasikan melalui 10 muwasafat tarbiyah.

Yang pertama, akidah yang sejahtera. Telah menjadi fitrah seorang manusia untuk menjadi hamba kepada Allah SWT dan bermatlamatkan kepada-Nya. Sebagai seorang Muslim, kita mestilah membina kekuatan akidah yang membina sahsiah dengan sifat-sifat Islam seperti sentiasa bermuraqabah kepada Allah SWT dan mengingati akhirat. Seperti firman Allah SWT, “Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang).” (Surah al-Hadid:20)

Yang kedua, ibadah yang sahih. Kita hendaklah menjaga hubungan dengan Allah SWT di samping hubungan dengan manusia. Sentiasa memperbanyakkan amalan dan bersederhana dalam setiap urusan kehidupan kerana Nabi SAW juga mengajar kita supaya bersifat dengan sifat qanaah iaitu sentiasa merasa cukup.
Yang ketiga, akhlak yang mantap. Contoh akhlak dan keperibadian yang boleh kita contohi tidak lain tidak bukan daripada akhlak Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud, ”Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”. Nabi SAW terkenal dengan sifat siddiqnya iaitu berkata benar dalam setiap kata-kata dan perbuatannya sehingga Baginda SAW digelar sebagai ’al-Amin’. Baginda SAW sentiasa berlumba dalam membuat kebajikan hatta sekecil-kecil perkara seperti memberi salam kepada para sahabat, Baginda SAW sentiasa menjadi orang yang pertama memberikannya.

Yang keempat, berpengetahuan luas. Sebagai individu Muslim kita tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai seorang daie’ iaitu pendakwah. Maka, adalah menjadi satu aspek yang penting untuk kita menguasai pelbagai bidang ilmu bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah SAW serta ulama’ yang thiqah. Pengetahuan tentang berita dunia Islam dan isu semasa merupakan salah satu bentuk kecaknaan kita kepada umat sejagat. Dari Abu Hurairah R.A, dari Rasulullah SAW bersabda, ”Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin daripada sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan dunia, nescaya Allah SWT akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitan pada hari kiamat”.

Yang kelima, mampu melawan nafsu. Musuh utama diri ialah nafsu dan individu yang kuat adalah yang mampu memelihara diri daripada maksiat dan kelalaian.

Yang keenam, tersusun dalam urusan. Kita perlu bijak meletakkan keutamaan agar dapat melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin. Jadilah individu yang berdisiplin dalam mengurus jadual harian. Sahabat Nabi SAW selalu berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

Yang ketujuh, kuat tubuh badan. Kehidupan yang sihat adalah melalui gaya hidup yang sihat iaitu diet yang seimbang, bersukan, melakukan pemeriksaan kesihatan berkala, tidur yang optimum dan menjaga kebersihan. Sabda Rasulullah SAW,”Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah SWT daripada mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”

Yang kelapan, mampu berusaha iaitu tidak mengharapkan orang lain dan bersikap ihsan dalam bekerja. Ihsan adalah ketepatan atau kesempurnaan. Dari sudut syara’ ia bermaksud melakukan sesuatu ibadat dengan baik dan tepat sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT. Dalam hadis Nabi SAW ada menyebut ihsan ibarat kamu beribadat kepada Allah SWT seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah SWT melihat kamu.

Yang kesembilan, bermanfaat untuk orang lain. Daie’ umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. Sebagai Muslim yang ingin menegakkan kalimah lailahaillallah, kita perlu bersedia untuk mewakafkan diri ke jalan Islam dalam memenuhi hak orang lain, melakukan kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan. Ingatlah kepada janji Allah SWT dalam firman-Nya, “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, disebabkan mereka berjuang dijalan Allah SWT.” (Surah at-Taubah:111)

Yang terakhir, menjaga waktu. Tahukah kita dengan menjaga kualiti solat, maka waktu kita juga akan terjaga seperti solat di awal waktu dan solat secara berjemaah yang merupakan asbab kepada keberkatan waktu di samping kita memohon doa kepada Allah SWT agar diberkati waktu dengan perkara yang bermanfaat.

Kesimpulannya, seseorang yang berjalan itu mestilah mengenali jalan dan tempat yang dituju dan mempunyai kenderaan yang menyampaikannya ke tempat yang dituju. Teruskan mendalami thaqafah dan mengaplikasi mutabaah amal untuk mencapai maratib amal tertinggi melalui pembentukan muwasafat tarbiyah dalam individu Muslim yang Rabbani. Sabda Rasulullah SAW, “ Bencana kepada agama itu tiga perkara, orang alim yang jahat, pemimpin yang zalim dan mujtahid yang jahil.” (Hadis Riwayat al-Dailami)

Fastabiqul khairot.

NUR SYAMIMI BT YACOB

Saturday, February 13, 2021

KEMANA ARAH TUJU KU SETELAH 6O TAHUN 15 HARI BERLALU ???

Hari ini hari yang ke 15 di usia 60 tahun ku.Telah lebih 2 minggu,telah setengah bulan usia 60 ku berlalu.Namun azam baru ku masih berantakan.Belum menampakkan sinar cerah ke arah kejayaan perlaksanaannya.

Aku masih lagi lagha.Masih panjang angan-angan.Masih bertangguh dalam beramal.Aku masih seperti hari-hari semalam yang jahil.Tidak ada peningkatan kualiti dalam usaha menjadi hamba dan umat yang bertakwa.

Di usia senja ini aku masih samar arah tuju ke titik akhir kehidupan di dunia ini,masih gagal memanfaatkan masa @ umur sedangkan itu adalah antara soalan yang akan di tanya nanti di mahkamah Illahi di Padang Mahsyar.
Jahilnya aku!

Friday, February 12, 2021

AHLAN WA SAHLAN YA REJAB - MAGHRIB INI BERMULA 1 REJAB 1442H


اللهم صلّ على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
REJAB BULAN ISTIGHFAR
(Azan Maghrib ni masuk 1 Rejab 1442H
12 Februari 2021)

Berikut ini amalan di bulan Rejab yg di ajarkan oleh Rasulallah Saw kepada para sholihin diantaranya:

1. Membaca sebanyak 100 kali setiap hari pada hari hari yg di tentukan:
سُبْحَانَ اللّٰهِ الْحَيِّ الْقَيُّومْ......Rejab 1-10 baca 100X
سُبْحَانَ اللّٰهِ الْأَحَدِ الصَّمَدْ.....Rejab 11-20 baca 100X
سُبْحَانَ اللّٰهِ الرَّؤُوفْ.............Rejab 21-30 baca 100X

2. Membaca istighfar REJAB setelah sholat Subuh dan Isyak caranya: setelah salam tanpa merubah posisi duduk tahiyat akhir, terus membaca doa dibawah ini 70x
رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَتُبْ عَلَي
"Robbigh firlii warhamnii watub 'alayya"
Artinya: "Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah serta terimalah taubatku"
Manfaat:
Barang siapa yang membaca doa ini selama bulan Rejab maka ia tidak akan tersentuh api neraka, diampuni dosa-dosanya oleh Allah SWT sebanyak apapun dan Akan memperoleh kasih sayang Allah SWT.

3. Membaca istighfar setelah Solat Zuhur sebanyak 70x
استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحي القيوم و اتوب اليه، توبة عبد ظالم لا يملك لنفسه ضرا و لا نفعا ولا موتا و لا نشو ر
"Astaghfirullah hal adzim alladzi laa ilaaha illallahual hayyul qoyyum wa atuubu ilaihi, taubata 'abdin dzoolimin laa yamliku linafsihi dhorron wala naf'an wala mautan wala hayatan wala nusyuuro".

4. Membaca istighfar setelah Solat Asar dibawah ini sebanyak 7x
استغفر الله العظيم الذي لا اله إلا هو الحي القيوم غفا ر الذ نوب ستار العيوب لنا ولوالدينا ولجميع المسلمين وأسأله التوبة والمغفرة انك انت الغفور الرحيم التواب الحكيم.
Astaghfirullahal'adzim alladhzi laailaaha ilaahuwal khayyul qoyyuum ghoffaarudhzunubi wasattaarul 'uyuubi lanaa waliwaalidiinaa walijamiiil muslimiina waas alahuttaubata walmaghfirota innaka antalghofuururrokhim attawaabul khakiim.

5. Membaca doa ini setiap selesai solat fardhu selama bulan Rejab dan Sya'ban.
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان وأعنا على الصيام والقيام وقراءة القرآن.
Allahumma baariklanaa fii rojaba wasya'baana waballighnaa romadhoona, waa'innaa 'alassyiyaami walqiyaami waqiro'atil qur'an.

Sumber : Kitab Kanzun Najah Wassuruur

DI SEBUAH MASJID DI YORDANIA KETIKA GAWAT COVID19

Di sebuah masjid di Yordania.Jordan ketika masjid di tutup kerana wabak covid19,tiada lagi solat berjemaah dan hati si Imam merintih meluahkan perasaannya.

Sama-sama kita tanya iman kita - gimana perasaan kita bila masjid ditutup dan solat berjemaah tidak dibenarkan. Apakah kita merasa sedih dan kecewa seperti mana Imam tersebut atau kita merasa biasa-biasa saja ??? 

Jawaban di hati kita itulah level iman kita!

MENINGGAL KETIKA IMAMKAN SOLAT SUBUH

Thursday, February 11, 2021

BEGINI AMALAN MENGGAMIT HUSNUL KHATIMAH

Apakah amalan beliau sehingga Allah mengangkat martabatnya sehebat itu?
1. Sebelum azan, beliau sudah pun berwuduk.
أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ ‏"‏ الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا ‏"‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ ‏"‏ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ ‏"‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ ‏"‏ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏"‏‏
Maksudnya: Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya”. Dia (perawi) bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Dia bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT”.
(Hadis ini lengkap beliau amalkan)
2. Bersedekah setiap pagi subuh. Setiap pagi lebih kurang matawang Malaysia RM1 dimasukkan kedalam tabungnya di rumah untuk diberikan kepada yang memerlukan pada masa tertentu. Padahal mereka sendiri juga sangat memerlukan.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
عن أبي هُريرة قَالَ: قالَ رَسُول اللَّه ﷺ: مَا مِنْ يَوْمٍ يُصبِحُ العِبادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلانِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
"Setiap pagi, dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: Wahai, Tuhan! Berikanlah ganti rugi bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya. Dan yang satu lagi berkata: Wahai, Tuhan! Musnahkanlah harta si bakhil."
(HR Muttafaq Alaih)
3. Bacaan Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya 1 muka. Tidak termasuk ulangan hafalan. Memiliki 2 sanad Al-Quran yang tinggi Dan alunan Al-Quran seolah-olah 'muzik penghibur' bagi beliau setiap masa di rumah. Sedangkan kita naik kereta dengar lagu, dalam rumah lagu, tempat kerja pasang lagu.. Ya Rabb..
عَن ابنِ عُمَرَ رَضي اللٌهُ عَنهاَ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللٌهِ صَلٌي اللٌهُ عَلَيهِ وَ سَلٌم لآحَسَدَ ألآ فيِ اثنَتَينِ رَجُلُ اتَاهُ اللٌهُ القُرانَ فَهُو يَقُومُ بِه انَأءَ اللًيلِ وَانَأءَ النَهَارِ وَرَجُلُ اعطَاهُ مَالآ فَهُوَ يُنفق مِنهُ انَأءَ الٌلَيِل وَانَأءَ النٌهَارِ.
(رواه البخارى ومسلم والترمذى والنسائى وأبن ماجه).
Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, "Tidak diperbolehkan hasad (iri hati) kecuali terhadap dua orang: Orang yang dikurniakan Allah (kemampuan membaca/menghafal Al-Qur'an). Lalu ia membacanya malam dan siang hari, dan orang yang dikurniakan harta oleh Allah, lalu ia menginfakkannya pada malam dan siang hari."
(HR Bukhari, Tarmidzi, dan Nasa'i)
4. Memberi makan jiran tetangga. Hampir setiap hari, dia pasti memberi juadah pada jirannya walaupun sepinggan nasi.
عن أَبي ذر ، قَالَ : إنّ خليلي r أوْصَاني : (( إِذَا طَبَخْتَ مَرَقَاً فَأكْثِرْ مَاءها ، ثُمَّ انْظُرْ أهْلَ بَيْتٍ مِنْ جِيرَانِكَ ، فَأصِبْهُمْ مِنْهَا بِمعرُوفٍ )) .
Dari Abu Dzar, dia berkata: “Sesungguhnya kekasihku berpesan kepadaku: ‘Jika engkau memasak masakan berkuah, perbanyaklah kuahnya, kemudian lihatlah anggota keluarga dari tetanggamu, maka berikanlah kepada mereka dengan baik."
(HR Muslim)
5. Menghormati suami. Beliau tidak benarkan suaminya membuka pintu sendiri. Cukup sekadar ketuk dan memberi salam kerana dia ingin menyambut suaminya setiap kali pulang rumah. Baju seluar suami pastikan dirapikan dahulu sebelum suami memakainya. Dan beliau tidak akan makan makanan itu sehingga suami yang akan makan dahulu walaupun beliau berbuka puasa. Dia sekadar berbuka dengan air dan kurma sahaja dan tunggu suami pulang untuk makan bersama.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ
“Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”
(Riwayat Ibn Hibban)
6. Solat witir pada setiap malam. Dikhabarkan walaupun seletih mana, dia akan arahkan suaminya sediakan wuduk terhadapnya untuk dia solat witir.
Abu Hurairah R.A beliau berkata:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.
(Riwayat Al-Bukhari)
7. Membaca 3 Qul dan zikir sebelum tidur. Sekiranya suaminya tertidur keletihan, dikejutkan suaminya untuk turut membacakannya.
عن النبي صلى الله عليه وسلم انه قال لعائشة رضي الله عنها: يا عائشة لا تنامي حتى تعملي أربعه أشياء: حتى تختمي القران وحتى تجعلي الأنبياء لك شفعاء يوم القيامة، وحتى تجعلي المسلمين راضين عنك، وحتى تجعلي لك حجة وعمرة.
فدخل صلى الله عليه وسلم، فبقيت على الفراش حتى أتم الصلاة، فلما أتمها قالت: يا رسول الله، فداك أبي وأمي، أمرتني أربعه أشياء لا اقدر في هذه الساعة أن أفعلها
فتبسم رسول الله وقال: إذا قرأت قل هو الله احد ثلاثا فكأنك ختمت القران، وإذا صليت علي وعلى الأنبياء من قبلي فقد صرنا لك شفعاء يوم القيامة، وإذا استغفرت للمؤمنين فكلهم راضون عنك، وإذا قلت : سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر فقد حججت واعتمرت.
Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda berkata kepada Aisyah R.anha : Wahai ‘Aisyah jangan kamu tidur sehingga kamu melakukan empat perkara. Sehingga kamu khatam Al-Quran, sehingga kamu menjadikan para anbiya’ sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat kelak, sehingga kamu menjadikan orang muslim redha kepada kamu dan sehingga kamu melakukan haji dan umrah. Kemudian Nabi SAW masuk ke tempat tidur dan bersolat. Apabila Nabi SAW selesai menunaikan solat Aisyah berkata : Wahai Rasulullah, kamu memerintahkan aku untuk melakukan empat perkara, aku tidak mampu melakukan dalam satu masa yang singkat. Lalu Nabi SAW tersenyum dan berkata : Jika kamu membaca Qul Huwallahu Ahad tiga kali seakan-akan kamu telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika kamu berselawat kepada aku dan kepada para nabi sebelumku maka kami akan jadi pemberi syafaat kepada kamu pada hari kiamat kelak. Jika kamu meminta ampun untuk orang mukmin maka mereka semua akan redha kepada kamu. Jika kamu menyebut : subhanallah, walhamdulillah dan La ilaha Illallah Wallahu Akbar maka kamu telah melakukan haji dan juga umrah.”
Antara wahsiat yang selalu diingatkan beliau terhadap suaminya,
1. Jangan kamu membenci orang lain.
2. Jaga ibu dan ayah (taati).
3. Lupakan kebaikan sendiri, ingat kebaikan orang.
Jenazah beliau menjadi rebutan puluhan para syeikiah dan asatizah untuk dimandikan. Menjadi rebutan orang datang membantu. Disebut-sebut kebaikan beliau oleh rakan-rakan, jiran tetangga dan guru-guru.
Benarlah kematian beliau menghidupkan hati-hati kita yang sudah lama mati..
Kalian, ini 'pakej lengkap' yang kita dambakan sebagai seorang mukmin. Satu teka teki yang sering saya kongsikan untuk ditanyakan pada kalian..
"Sekiranya malam ini malam terakhir buat kita, apakah layak untuk kita masuk Syurga Allah..?"


KEMATIAN YANG DICEMBURUI, SYAHID DI SYRIA
Jumaat 22 Jan 2021 | Jam 5.47 pagi
Nurul Fahima Binti Abdul Rahim, meninggal dunia di bumi yang penuh barokah, bumi Syria.
‎اِنَّالِلَه وَإِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
1 - Kematian beliau di tanah Syam. Ada 25 ribu jasad sahabat dikebumikan di Syam termasuk isteri-isteri nabi.
2 - Waktu sepertiga malam Jumaat sedang khatam quran atas ribaan suami (syurga utk para isteri)
3 - Dapat tamatkan hafalan Al-Quran secara bersanad di tanah Syam. Dan sanad yang tinggi, yang jarang orang Malaysia dapat.
4 - Disebabkan sanad Al-Quran yang tinggi, beliau diamanahkan untuk menjadi pengajar bagi memperbetulkan bacaan Al-Quran orang arab di sana.
5 - 2 puterinya menunggu untuk menarik beliau ke Syurga kerana kesemua anak beliau meninggal di Syam ketika kecil.
6 - Beliau syahid di usia 31.
“Dari Anas bin Malik berkata, telah bersabda Rasulullah saw : “barangsiapa keluar (pergi) untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sehingga kembali (HR. Tirmidzi).
Faktor arwah meninggal komplikasi jantung yang serius.
Pihak Kun Anta ingin mengucapkan takziah buat suami & keluarga beliau.
InshaAllah, syurga sedang menanti beliau.
Kredit : Arabic Mendy & Kun Anta

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...