Saturday, September 30, 2023

PERINGATAN DARI ILLAHI

QS. Al-An'am Ayat 6

6. Tidakkah mereka memperhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka yang telah Kami binasakan, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukannya di bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu. Kami curahkan hujan yang lebat untuk mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa-dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan generasi yang lain setelah generasi mereka

Thursday, September 28, 2023

12 RABIUL AWAL 1445H / 28 SEPTEMBER 2023M - MAULIDUR RASUL 1445H

KITA WAJIB MENCINTAI DAN MENYAYANGI RASULULLAH SAW KERANA IANYA TERKANDUNG DI DALAM SYAHADAH KITA SELEPAS ALLAH SWT

Sunday, September 24, 2023

RAHSIA DI SEBALIK 3 AMALAN UTAMA PERLU DILAKUKAN KETIKA MAULIDUR RASUL

Setiap tahun kita menyambut kelahiran Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal, menurut pandangan jumhur ulama seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Kathir (pandangan Ibn Ishaq), sambutan tersebut adalah bersempena menzahirkan kecintaaan kepada Nabi Muhammad sebagai pemimpin, inspirasi dan Rasul kepada ummah ini.

Namun dalam kemeriahan kita menyambut Maulidur Rasul, timbul dua persoalan pokok berhubung sambutan ini, pertama apakah amalan terpenting yang ingin kita lakukan pada hari kelahiran baginda dan kedua, apakah rahsia di sebalik amalan tersebut.

Perlu difahami juga, amalan ini tidak terhad kepada hari Maulid sahaja tapi perlu berusaha melaksanakannya dan melaziminya di hari lain.

Malah pengkhususan tiga amalan tersebut bukanlah terhad kepada ketiga-tiganya sahaja.

Ingat, tiga amalan itu disarankan adalah kerana ianya amalan yang paling hampir kepada pembuktian dan menyuburkan cinta kepada Rasulullah SAW.

Tiga amalan yang disarankan adalah:

1) Berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW

Berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW merupakan sebuah lafaz cinta kepada beliau yang kedua tertinggi selepas syahadah. Nabi Muhammad bersabda berhubung kelebihan selawat;

Sabda Rasulullah ﷺ:

وصلُوا علي فإِن صلاتكُم تبلغني حيثُ كُنتُم

“Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada,” (Sunan Abu Daud – dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar)

Sabda Rasulullah ﷺ:

أولى الناس بي يوم القيامة أكثرُهم علي صلاة

“Manusia yang paling utama disisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku,” (HR al-Tirmizi – dinilai Hasan)

Namun penting untuk difahami, memperbanyakkan selawat sahaja tidak mencukupi sebagai seorang pencinta baginda, kerana selawat merupakan sebuah usaha dalaman untuk mengukuhkan cinta kepada Rasul.

Kita perlu menghidupkan semula sunnah Nabi Muhammad yang telah baginda tinggalkan.

2) Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW meninggalkan dua klasifikasi sunnah untuk diikuti; pertama adalah sunnah ‘jabaliyah’ ataupun sunnah di dalam perbuatan-perbuatan biasa seorang manusia.

Contohnya sunnah memakai celak, menyikat rambut, memakai wangian, menyimpan janggut, bersugi dan lain-lain. Mengikut pandangan Syeikh Abu Zahrah, sunnah-sunnah itu tidaklah memberikan pengamalnya pahala melainkan dihadirkan cinta kepada Nabi. Beliau menambah, sunnah-sunnah tersebut bukanlah keutamaan hidup seorang muslim.

Maka seorang muslim perlu berusaha memusatkan kehidupannya kepada sunnah-sunnah yang lebih besar yang difahami daripada arahan-arahan Rasulullah (Sunnah Qauliyah).

Sebagai contoh di dalam aspek rumah tangga beliau kuat menekankan seperti menjadi seorang ketua keluarga yang beriman, bertaqwa, sabar dan rajin, menjadi seorang isteri yang solehah dan tinggi sifat malunya.

Di dalam aspek keutamaan hidup, baginda Rasul menekankan berpegang kepada syariat, dengan meletakkan arahan ALLAH sebagai nombor satu, contohnya seorang bekerja tetapi jangan sehingga melupakan tanggungjawab kepada anak dan ibu bapa.

Contoh kedua seorang yang sedang berhibur jangan sesekali lalai daripada solat dan amanah.

Dan dua sunnah terpenting yang ditinggalkan beliau adalah keilmuan seorang muslim, yang mana seorang muslim akan menuntut ilmu sehingga meninggal dunia.

Seorang muslim akan melaksanakan semua perkara berdasarkan ilmu yang kukuh, dan seorang muslim akan sentiasa mengembangkan ilmu sedia ada. Amat malu, sekiranya seorang muslim tidak mengambil ilmu sebagai sebuah keutamaan di dalam kehidupan.

3) Membaca sirah Nabi Muhammad dan menghidupkan perjuangan sebagai sunnah utama

Sunnah kedua selepas menuntut ilmu adalah perjuangan baginda di dalam menegakkan Islam sebagai sebuah agama yang bukan sekadar pada praktis hidup individu sahaja, tetapi kepada sebuah agama yang menjulang peradaban insaniyah.

Perjuangan memastikan manusia sentiasa menuju ke arah kemajuan aqidah, akhlak, budaya, sosial, ekonomi, politik dan lain-lain. Perjuangan baginda yang memberi kefahaman bahawa umat Islam haram untuk bersifat mundur dan pemalas.

Umat Islam perlu sentiasa berjuang dan membangunkan tamadun yang membawa kebahagian dunia dan akhirat, kemakmuran, kemajuan yang jelas dirasai secara zahir di dunia.

Sunnah itu hanya akan difahami dengan pembacaan yang mendalam dan berterusan di dalam sirah baginda.

Rasulullah akhirnya berjuang, berdarah, dihina, dicerca, berkorban jiwa raga dan tenaga, adalah untuk menghidupkan sunnah ini dan bukan untuk menghidupkan sunnah-sunnah kecil seperti minyak wangi dan celak.

Semoga kehidupan kita mencintai baginda dengan sedalam-dalamnya dan subur dengan menghidupkan sunnah utama Nabi Muhammad SAW. Insya-ALLAH. 

Sumber : Ustaz Mohd Suhail Mohd Sufian
Ketua Sekretariat Penulisan Ulum Syarak, (Pemikir)



Saturday, September 23, 2023

❤ MENJANA MINDA ABU LAIITHS AS-SAMARQANDI ❤


Inilah peta Negara Uzbekistan.Nama resminya Republik Uzbekistan,negara di Asia Tengah yang sebelumnya merupakan bagian dari Uni Soviet. Negara dengan wilayah yang terkurung daratan ini bersempadanan dengan Kazakhstan di sebelah barat dan utara; Kirgizstan dan Tajikistan di timur; dan Afganistan dan Turkmenistan di selatan. Bahasa resmi satu-satunya adalah bahasa Uzbek, sebuah bahasa Turkik, tetapi bahasa Rusia tetap dipergunakan secara luas, sisa peninggalan pemerintahan Soviet. 

                          

Pada awal pembebasan dari cengkaman Rusia,ibu negara Uzbekistan adalah Samarqand tetapi pada tahun 1930 ibu negara Uzbekistan dipindahkan ke Tashkant.Samarqand adalah bandar bersejarah dan padanya terakam kisah sejarah Islam yang melibatkan Iskandar Zulqarnain dan Genghis Khan (puak Monggol).Bandar inilah yang melahirkan seorang tokoh sufi iaitu Imam Nasr bin Muhammad Abu al-Laith Samarqandi @ Abu Laith as-Samarqandi.
 
Pagi ini aku teruja dengan nama ini kerana kisah hidupnya yang membuktikan bahawa USIA BUKANLAH BATASAN UNTUK KITA MENDALAMI ILMU ALLAH SWT.

Kenapa dikatakan begitu ???


Tahukah anda bahawa Abu Laith as-Samarqandi ini pada zaman muda belianya beliau tidak tahu pun membaca AlQuran tetapi disekitar usia 50an barulah beliau mula belajar dan pada usia 57 tahun beliau telah berjaya menguasai Bahasa Arab dan Al-Quran.Seterusnya beliau mula mewariskan ilmu yang ada padanya melalui penulisan.

Yang terkenal sekali ialah Kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Orang Yang Lupa)


  
TANBIHUL GHAFILIN : ABU LAITS AS-SAMARQANDI
PENTERJEMAH : H. SALIM BAHREISY

Apa yang nak aku sampaikan kat sini ialah jika Abu Laith as-Samarqandi boleh melakukannya mengapa kita tak boleh ? atau ayat yang lebih tepat ialah jika Abu Laith as-Samarqandi boleh melakukannya mengapa aku tak boleh? Mengapa? 

Ini cabaran untuk diriku sendiri di usia ku 62 tahun 8 bulan @  23 September,2023M / 7 Rabiul Awal 1445H ini!

Belum TERLAMBAT selagi tubuh ini BERNAFAS

Beliau dah buktikan bahawa usia bukanlah batasan @ penghalang untuk berusaha meletakkan diri beliau dalam senarai pilihan Allah SWT sebagai `pencinta ilmu Nya', Insha Allah!

Ilmu Allah SWT itu mahal harganya kerana ianya merangkumi 2 alam iaitu alam dunia dan alam akhirat.Sebanyak mana kita diberi Allah SWT itu ilmu23 berkadar terus dengan usaha dan iltizam serta niat kita mencari dan mempelajarinya.Jika kita tekun dan gigih,kita akan dikurniakan Nya ilmu yang mahal-mahal harganya seperti mana yang ada pada ulamak-ulamak muktabar.

Di usia senja sebegini aku bertekad mahu menjana minda daie dengan menjadikan Abu Laith as-Samarqandi sebagai idola @ ikon dalam usaha ku memeta sisa-sisa perjalanan hidup yang masih berbaki ini agar berupaya menggapai HUSNUL KHATIMAH, Amin!.

Nota : Diriwayatkan Imam al-Ghazali lahir pada tahun 450H dan wafat pada tahun 505H manakala Abu Laits as-Samarqandi wafat pada tahun 375H - maknanya era Abu Laits as-Samarqandi mendahului era Imam al-Ghazali.

Thursday, September 21, 2023

AGAR TIDAK PIKUN DI HARI TUA

Semua manusia akan menua seiring perjalanan waktu yang dilaluinya. Ketika lanjut usia, seseorang akan mengalami pikun atau menjadi sering lupa. Bagaimana cara agar tidak pikun di usia tua???

Berikut rahasianya dijelaskan dalam Al-Qur’an. Siapa yang mengamalkannya di usia muda, insya Allah ia tidak akan mengalami pikun.
*عن ابن عباس رضي الله عنهما قال 😘
*من قرأ القرآن لم يرد إلى أرذل العمر، وذلك قوله تعالى: {ثم رددناه أسفل سافلين، إلا الذين آمنوا} قال: الذين قرؤوا القرآن.”*
*رواه الحاكم*
*صحيح الترهيب (۱٤٣٥)*

"Dari Sayyiduna Abdulloh bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata : “Barang siapa membaca Al-Qur’an, maka dia tidak akan dikembalikan ke usia tua renta (pikun dan kembali seperti anak kecil).”
📖 "Karena itu Allah Ta’ala berfirman :
*ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ الا الذين آمنوا*

“Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (yakni berusia tua renta), kecuali orang-orang yang beriman.”
"Beliau berkata : “Mereka itu orang-orang yang membaca Al-Qur’an.”
🏷️
*(HR. Al-Hakim, Shahih At-Targhib wat Tarhib 1435).*
🎓
Imam Al-Qurthubi mengatakan: “Siapapun yang rajin membaca Al-Qur’an maka ingatannya akan dijadikan segar meski ia telah berusia 100 tahun”.
═⫺ Sebagaimana diketahui, Al-Qur’an adalah kalam Allah yang memiliki mukjizat agung. Al-Qur’an disebut juga sebagai Asy-Syifa atau obat segala penyakit kejiwaan sehingga siapa saja yang membacanya akan mendapatkan ketenangan.
➪ Di ayat lain ALLAH ﷻ berfirman : “Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
📖
*(QS. Ar-Ra’du: 28).*
》》Istiqomah membaca Al Qur'an bukan saja mendapatkan pahala, namun bisa memberi manfaat banyak hal, dan salah satunya menghindari "PIKUN" di hari tua.
بَارَكَ اللهُ فِيْكُم

SOLAT - APA KATA MEREKA? AKU?? ALLAH???

Wednesday, September 20, 2023

Monday, September 11, 2023

BILA DAH PENCEN

 *Pada usia 60 tahun, dimasa kita penc3n, tempat kerja kita akan mula melupakan anda. Tidak kira betapa berjaya atau hebatnya anda semasa berkerjaya dulu. Anda akan kembali menjadi orang biasa. Jadi, jangan berpegang teguh pada pemikiran dan rasa unggul daripada pekerjaan anda yang lalu, lepaskan ego anda.*

*Pada usia 63 tahun, masyarakat secara beransur-ansur melupakan anda. Rakan dan rakan sekerja yang pernah anda temui dan bersosial mulai sediki demi sedikit, dan hampir tidak ada sesiapa pun yang mengenali anda di tempat kerja anda dahulu. Jangan katakan, " Saya dulu ... " atau " Saya pernah ... " kerana generasi muda tidak akan mengenali anda, dan anda pasti tidak berasa selesa mengenainya!*
*Pada usia 65 tahun, keluarga sendiripun perlahan-lahan meninggalkan anda. Walaupun anda mempunyai ramai anak dan cucu, kebanyakan masa anda akan tinggal bersama pasangan atau sendirian. Apabila anak-anak anda menziarahi sekali-sekala, itu adalah tanda kasih sayang. Jadi jangan salahkan mereka kerana jarang datang, kerana mereka sibuk dengan kehidupan mereka sendiri!*
*Pada usia 70 tahun, dunia akan mula melupakan anda. Beberapa orang yang anda kenali telah pun pergi buat selama-lamanya. Pada ketika ini, jangan bersedih kerana ini adalah perjalanan hidup, dan semua orang akhirnya akan mengikutinya!*
*Oleh itu, sementara badan kita masih mampu, jalani kehidupan dengan sepenuhnya! Makan apa yang anda mahu, minum apa yang anda inginkan, bermain dan lakukan perkara yang anda suka. Pergi menziarahi kawan² lama yang masih ada. Bercuti ke destinasi percutian tertentu*
*Ingat, satu-satunya perkara yang tidak akan menghapuskan anda ialah kumpulan Whatsapp. Jadi, lebih banyak berkomunikasi dalam kumpulan, bertanya khabar, kekalkan kehadiran anda, gembira dan jangan sikit² left group!*
*JALAN2 ikut USIA*
• *5 - 10* - Jalan² rumah kawan² utk main.
• *10 - 20* - Jalan² rumah kawan² utk belajar.
• *20 - 25* - Jalan² rumah kawan² waktu cuti semesta.
• *25 - 30* - Jalan² rumah kawan² kenduri kahwin.
• *30 - 40* - Jalan² rumah kawan² tengok baby.
• *40 - 50* - Jalan² rumah kawan² sebab lama tak jumpa.
• *50 - 60* - Jalan² rumah kawan² kenduri kahwin anak... selang² jenguk kawan sakit sana sini.
• *60 - 70* - Jalan² rumah kawan solat jenazah.
• *70 - tak jalan² dah... kawan² pulak datang jalan² rumah kita..... sebab kita dah tak boleh jalan*
• *70++ Ramai di antara kita dah jalan*......
“ Berjalan, ziarahlah sahabat² selagi ada peluang dan beramal ibadah sertai majlis² ilmu.
Usia tak boleh berpatah balik, yg tinggal cuma kenangan...
😄👍

Sunday, September 10, 2023

DI SEPANJANG JALAN PULANG

*UNTUNGNYA SOLAT DI SURAU/MASJID 😘

UNTUNGNYA SOLAT DI SURAU/MASJID 😘

1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i'tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala Aamiin bersama imam
11. Pahala rapatkan saf
12. Pahala luruskan saf
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala bersalaman dengan sahabat2 ahli jamaah
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala bersihkan masjid
23. Pahala mendengar dan mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah s.a.w
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri.
28. Pahala infaq/derma kat tabung masjid/SURAU.*
29. Setiap benda yang berbekas semasa pergi dan balik masjid akan jadi saksi di akhirat, contohnya tapak kasut/selipar, tayar kenderaan, debu/ rumput yang dipijak. Rujuk surah yaasin ayat 12.
30. Menyulitkan syaitan untuk melakukan godaan atas sebab solat berjemaah.

# Tu dia, untungnya pi masjid Yaa, JOM KITA SEMUA!!! Kalau Tak mau jugak? Rugi lah kita
😩

Sama2 lah Kita muhasabah diri
🙂
Wallahu'alam..!!!

11 BERITA BEST UNTUK KAKI MASJID

Masjid merupakan simbol syiar yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Ia adalah jantung hati dan nadi kehidupan umat Islam. Sewaktu peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah perkara pertama yang menjadi agenda besar baginda ialah membina masjid di Quba’ Madinah. Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa mendirikan sebuah masjid dengan mengharapkan keredaan Allah SWT nescaya didirikan baginya sebuah rumah di dalam Syurga,” – Riwayat Bukhari

Masjid Quba merupakan masjid yang pertama di bina oleh orang Islam
dan ianya terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu dari Masjid Nabawi

Masjid disebut sebagai rumah Allah. Ia merupakan tempat paling aman, selamat dan damai kepada umat Islam yang selalu berkunjung ke masjid. Umat Islam yang datang ke masjid akan mendapat bonus pahala dan keberkatan hidup di sisi Allah.

Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- Rasulullah berpesan: “Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: ‘Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). ” (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik.”
(Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang.” (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: “Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah ; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga :

i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.
(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda: “Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat.”
(Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda: “Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya… seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid.”
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Malik: “Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula.”

7- Rasulullah bersabda: “Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan ; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik.”
(Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda: “Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan.” (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah berasabda: “Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang.”
(Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: “Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati.”
(Al-Hajj 22: 32)

Dan Allah juga berfirman: “Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.”
(Al-Hujurat 49: 13)

Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

Nasihat saya untuk semua termasuk diri saya sendiri, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

“Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu.”
(Riwayat Abu Dawud)


Masjid Nabawi di Kota Madinah

Sumber : DENAI HATI  



Saturday, September 2, 2023

SESUNGGUHNYA KAMI LEBIH DEKAT DARI URAT LEHERNYA


 "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"

(Surah Qaf Ayat 16)

Allah ﷻ beritahu yang Dia lebih dekat dengan kita daripada urat leher kita sendiri. Disebut ‘urat leher’ kerana itulah benda yang paling rapat dengan manusia. Jika putus urat leher maka akan matilah manusia.
'Warid' adalah salah satu urat leher yang rapat dengan kerongkong kita. Lalu Allah ﷻ datangkan perumpamaan menerusi ayat ini. Sedekat mana pun urat warid, ketahuilah Allah lebih dekat lagi dari itu dengan dirimu.

Friday, September 1, 2023

23/12/2023 DAY 144 AKU DAN BUKU - AKU SUKA MENULIS DAN MEMBACA

    

   AKU SUKA MEMBACA & MENULIS


JOM BACA 1 / 1400

I LUV QURAN AND YOU? : RIZAL ABDUL RAHMAN
KEMILAU PUBLIKA SDN BHD (2010) : RM14.00


J0M BACA :  2 / 6200

HIJRAHKU SEBENARNYA UNTUK SIAPA? 
: USTAZAH ASMA HARUN & WANDRI WAHYUDI
PTS PUBLISHING HOUSE (2022) : RM48.00

JOM BACA :  3 / 9400

TAUBATKU UNTUK SIAPA? : IMAM IBNU JAUZI
PENTERJEMAH : NOR AMIZA BINTI MD AZERI
PTS PUBLISHING (2022) : RM32.00

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...