Wednesday, March 29, 2023

MEMBACA UNTUK BELAJAR - RAMADAN TERAKHIR

Belajar,belajar dan terus belajar selagi ada usia kerana sesungguhnya

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam Bersabda
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim” (HR. Ibnu Majah)
.
“Bantinglah otak untuk mencari ilmu sebanyak-banyaknya guna mencari rahasia besar yang terkandung di dalam benda besar yang bernama dunia ini, tetapi pasanglah pelita dalam hati sanubari, yaitu pelita kehidupan jiwa.” ( Al- Ghazali )

Membaca,membaca dan terus membaca kerana membaca itu antara kaedah utama untuk belajar

RAMADAN TERAKHIR : HISHAM AR
GALERI ILMU SDN BHD (2011) : RM19.00

Thursday, March 9, 2023

MUHASABAH DIRI 11 MAC 2023M / 19 SYAABAN 144H

Keika ini usia ku telah pun menjangkau 42 tahun mengikut kalendar masihi dan 64 tahun mengikut kalendar hijrah.Telah terlalu tua malah telah melepasi usia wafat Baginda Rasulullah SAW (63 tahun).Ada riwayat mengatakan Baginda Rasulullah pernah bersabda "usia umat ku adalah di sekitar usia ku" - maksudnya usia ku kini berada di tempoh usia wafat ku.

Malangnya tahap ibadah ku masih corot tak setimpal dengan usia ku yang dah lanjut ini.Malangnya ilmu yang ada tak diberkati makanya aku berat hati untuk mengamalkan ilmu yang aku tahu.Usia hidup ku jauh dari keberkatan Illahi - pembalasan dari cara hidup ku yang tak menuruti lunas-lunas seorang hamba yang kasih & sayangkan hanya kepada Allah SWT dan kekasihnya Rasulullah SAW.Hati ku dah keras,dah mati.

Selayaknya aku dihumban ke neraka jahanam tapi sanggupkah aku mengharungi panasnya azab di situ??? AKU TAK SANGGUP !!!

Tapi aku masih hidup.Aku masih bernafas.Aku belum mati lagi.Ertinya peluang masih ada,kesempatan masih ada untuk aku membaiki dan merubah arah tuju pengakhiran kehidupan ku dari NERAKA ke SYURGA,

Kesempatan yang masih ada,peluang yang masih ada ketimbang masih bernafas ini aku mesti berazam/bertekad tidak berterusan merusakkan keseluruhan kehidupan ku.Titik perubahan ketika ini mesti aku perkasakan.Aku mesti mula melangkah menjadi aku yang baru.Biarlah hari-hari semalam yang suram kelam itu berlalu dan tidak lagi berterusan.

Aku wajib mulakan hidup baru.Hidup beribadah yang berkualiti untuk menggapai keredhaan Allah SWT - bertaubat memohon ampun salah silap dan dosa-dosa masa lalu,menggganti/mengkadha mana-mana solat yang tertunggak,banyakkan bersedekah - semoga sisa-sisa masa tua kua ini tidak punah jahanam sepeti mana masa lalu tu.Fokus ku kini adalah pengisian masa hari ini dan esok hari jika masih hidup.Apa yang telah ku lakukan hari semalam ku serahkan kepada Allah SWT semoga-moga di ampunkan dan dikabulkan doa permohonan pengampuan dari ku.

Hidup ini hanyalah ada 2 penantian mutlak - menanti tibanya waktu solat dan menanti tibanya sakaratul maut.Aku mesti menyusun aktiviti kehidupan berpandukan waktu solat bukannya menyusun waktu solat berpandukan perancangan aktiviti kehidupan.Solat itu utama dan kemudianya yang lain-lain.

Ada sabda Rasulullah SAW yang mengatakan antara tanda-tanda seorang yang beriman ialah solat berjemaah di masjid - makanya aku wajib berusaha untuk tidak gagal hadir di masjid untuk solat berjemaah dan menghadiri pengajian/kuliah ugama di masjid.Dalam sehari (24 jam) Allah SWT menurunkan 1000 rahmat - 999 rahmat dikurniakan kepada hamba-hamba Nya yang berada dalam majlis-majlis pengajian ilmu di masjid,Hanya 1 rahmat saja untuk urusan kehidupan yang selain dari itu.Belum termasuk lagi doa-doa dari ribuan/jutaan para malaikat dan semua makhluk Allah yang lain seperti ikan-ikan,tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.Aku mesti meraih semua itu untuk pengisian pahala di baki usia ku yang masih ada dan semakin mendikit dan semakin terhad ini.

Ya Allah aku ingin ke syurga Mu kerana aku ingin menatap `wajah' Mu dan aku ingin bertemu dan bersama kekasih Mu,Rasulullah SAW.

Ikhlaskanlah hati ku untuk berubah,istiqomahlah aku dalam hijrah ku ini.Berikanlah aku taufik dan hidayah Mu.Berikanlah aku kekuatan rohani dan jasmani untuk melangkah ke arah Mu mendokong segala perintah Mu dan meninggalkan segala larangan Mu.Berikanlah aku kesihatan yang baik agar aku dapat melaksankan niat dan azam ku ini sesempurna mungkin,Insha Allah!

Ya Allah SWT Ya Rasulullah SAW - i'm coming.Insha Allah!

                                                           
                                                        JOM BACA : 1 / 24.00
SEPATU HIJRAH : MOHD AKHIRUDIN
GRUPBUKU KARANGKRAF SDN BHD (2017) : RM24.00

Setelah beberapa halaman buku ini ku baca,terjentik kesedaran di hati ku - setiap hamba akan diuji oleh Allah dalam kehidupan ini dan tahap ujian itu adalah sejajar dengan kemampuannya.

Realitinya apa yang aku rasakan dan alami ini adalah satu ujian untuk menguji ditahap mana keimanan ku dan apakah yang aku akan/telah lakukan untuk mengatasi ujian itu.Aduhaiiiii aku terleka tidak sedar dengan bentuk ujian itu malah aku larut di dalam arus ujian itu dan tidak ada apa-apa perlakuan positif untuk merubahnya.

Aku mesti berubah.Aku mesti berhijrah.Aku wajib bertaubat dan menjadi aku yang baru.
Aku yang baru yang hari ini aku lebih baik dari aku yang semalam,Insha Allah!


Cintakan bunga, bunga akan layu. 
Cintakan manusia, manusia akan mati. 
Carilah cinta yang sempurna dan kekal selamanya. 
Itulah cinta Allah SWT.

Monday, March 6, 2023

JANGAN TUNDA TAUBAT MU


Jom Baca : (1/1500)
Jangan Tunda Taubat Mu : Ilham Wahyudi
PTS Publishing House (2020) : RM15.00

Thursday, March 2, 2023

Wednesday, March 1, 2023

ZUL SALLEH - BERUBAHLAH,MEMBACALAH DAN MENULISLAH

Teruslah berubah menjadi lebih baik. Walau banyak kerikil dan tanjakkan yang harus kamu lewati. Ingatlah! Neraka itu pahit tapi jalan menujunya sangat manis, sebaliknya Syurga itu manis tapi jalan menujunya sangat pahit.

𝗜𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗣𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗺 𝗦𝘆𝗮𝗰𝗵 𝗔𝗹𝗶 𝗝𝗮𝗯𝗲𝗿
Jadi,Bismillahirrahmanirrahim tetap semangat, dan yakin kamu pasti bisa menjadi hamba yang taqwa.
Soal pasang surut dalam keimanan itu BIASA, tapi jika terus maju dan berjuang tanpa henti itu LUAR BIASA.
Biar kan saja manusia menilai mu dengan macam macam yang penting cukup hanya Allah saja yang tau bagaimana kamu kini.


Nota Diri : Aku sekarang ini berada di zon usia subsidi,bukan lagi zon selesa untuk utamakan dunia - wajar aku fokus utamakan akhirat.Titik penamat semakin hampir - persiapan bekal ke sana masih nol - bertindak sekarang,better late than never!


  AKU SUKA MEMBACA & MENULIS

HAJINYA YANG TERAKHIR : HJ AHMAD TIFLA HJ AHMAD BADARUDIN
GALERI ILMU SDN BHD (2022) : RM45.00 

BTAUBATKU UNTUK SIAPA? (BAHRU AD-DUMU') : IBNU JAUZI
PENTERJEMAH : ANIZA AZERI
PTS PUBLISHING HOUSE (2022) : RM32.00

 MA'ALIMUL ABRAR : CIKGU SUKARNO BIN ABD. HAMID
SUKARNO ABDUL HAMID (SETIAUSAHA PAKSI)(2020) : RM90.00

MAJALAH TEMPATAN PILIHAN HATI KU




⚔ ⚔ MENULISLAH AGAR ORANG DI MASA AKAN DATANG TAHU
KAU PERNAH WUJUD SUATU MASA DAHULU ⚔ ⚔

#################################################################


MUQADDIMAH


"Sesungguhnya Orang-Orang Abrar Benar-Benar Berada Dalam (Syurga Yang Penuh) Kenikmatan" -Surah Al-Infithar Ayat 13

Siapakah Golongan Abrar?

Golongan Al-Abrar bermaksud golongan yang berbakti dengan penuh rasa ikhlas semata-mata kerana Allah.Apa yang Allah suka dia akan lakukan dengan penuh rasa suka juga.Apa yang Allah benci,pasti dia jauhi dan tinggalkan.Dia ikhlas dalah setiap amal dan baktinya.Tidak mengharap imbalan ucapan terima kasih dan penghargaan dari manusia.Tetapi dia mengharap akan redha Allah akan memayungi langkah hidupnya.

###############################################


Perjalanan yg pasti akan kita lewati...

Manusia sejak dari dalam rahim ibu hingga setelah meninggal dunia akan melalui sebuah perjalanan yang panjang.Manusia akan melalui tahap alam kehidupan sejak kelahirannya sebelum akhirnya mendapat kemenangan berkesempatan bertemu dengan Allah di surga atau terpuruk dilembah neraka.

Setiap tahap ditempuh dalam waktu yang berbeda-beda, mulai dari hitungan beberapa bulan hingga ribuan tahun.

Cara hidup manusia di dunia akan menentukan kehidupan selanjutnya di alam lain nanti.Perbuatan kebaikan akan memudahkan hidup di alam kubur dan di hari pembalasan kelak.Begitu juga sebaliknya, keburukan akan membawanya pada kesengsaraan di alam kubur dan di alam akhirat.

Semoga kita semua diberikan keselamatan menuju Allah dipermudah mengucap kalimah thoyibah LAA ILLA HA ILLALLAH diakhir nafas kita dalam kehidupan di dunia yg fana ini, untuk menuju akhirat yang kekal dengan khusnul khotimah.

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...