Wednesday, September 21, 2022

NILAI MASA BAGI TG GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

"Macam mana Ayoh Cik boleh menulis banyak buku, padahal Tuan Guru sibuk belaka?"
Soalan diajukan oleh seorang mahasiswa daripada timur tengah dalam program Konvensyen Mahasiswa Malaysia 2022.
Respon Ayoh Cik:
Kita semua direzekikan bilangan masa yang sama dalam sehari. Masing-masing ada 24 jam. Saya pun ada 24 jam sehari, tak lebih tak kurang. Namun yang membezakan adalah bagaimana kita menguruskan masa tu.
Bayangkan waktu muda ni kita sokmo tidur 8-10 jam setiap hari. Maka hampir separuh daripada hayat hidup dia dah habis untuk tidur saje.
Lagi satu, jangan banyak mengeluh. Kita bila mengeluh yang kita ni busy tak cukup masa, lepastu mengadu kat orang. Itu pun dah buang masa. Tok sah fikir banyak, buat saje apa yang kita rancangkan!
Kadang seorang tu takde bijak mana, baca buku tak bertimbun pun, tapi bila dia ditanya soalan, dia dapat jawab selalu. Inilah yang dikatakan oleh Nabi:
من عمل بما يعلم وَرَّثَه الله تعالى علم ما لم يعلم
"Siapa yang beramal dengan apa yang dia tahu, nescaya Allah akan wariskan kepada dia akan satu ilmu yang dia tak tahu"
Inilah prinsip saya. Sibukkan diri dengan beramal dan buat perkara yang bermanfaat, InshaAllah Allah akan kurniakan ilmu yang kita langsung tak sangkakan.
____________________________________
Moga Allah rahmati dan berikan kesihatan buat Murabbi Ummah, TG Hj Abdul Hadi Awang
🤲🏼
Amirul Arif,
Mantan Mahasiswa
20 Ogos 2022

Saturday, September 17, 2022

XXAKU KENA BERUBAH

XXMUHASABAH DIRI ZUL SALLEH - AKU INGIN BERUBAH

AKU INGIN BERUBAH : QAMARUL NAZRIN
SENTAP PRESS SDN BHD (2015) : RM25.00 (217 m/s)

XX

SELAGI MASIH BERNYAWA,PELUANG TETAP ADA
UNTUK BERUBAH @ BERHIJRAH
BACAAN HADIS QUDSI

XXBERANI BERUBAH MUHASABAH DIRI MENJADI MUKMIN TERBAIK

Nota Diri : 18 hari (setengan bulan lebih) usia 60 ku telah berlaku.


Subuh sekarang dah lambat, kalau nak mulakan istiqamah bangun tahajjud, bangunlah 15min awal. Sempat sangat utk 2 rakaat tahajjud dan witir.

Mulakan 2021 dgn hala tuju dan matlamat yg jelas utk KPI kehidupan kita. Kalau belum mampu lakukan semua, janganlah tinggalkan semua.

Berani berubah. Kita tidak dapat menentukan dari mana kita datang TETAPI insyaAllah kita boleh menentukan ke mana kita akan pergi.

MUHASABAH DIRI MENJADI MUKMIN TERBAIK


Orang yang beruntung adalah yang sentiasa membuat pembetulan supaya dapat memperbaiki kecelaan diri dan menjadikannya mukmin lebih baik. Imam al-Ghazali berkata, "Barang siapa yang sering bermuhasabah pada dirinya, nescaya dia akan temui keringanan pada hari akhirat kelak."

Muhasabah adalah perkara baik namun tidak disukai kerana kebanyakan manusia tidak suka untuk menilai dan melihat kekurangan diri sendiri.

Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ia adalah penawar yang mengubati seribu satu penyakit. Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidaklah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti kami mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan." (Surah al-Anbiya, ayat 47)

Setiap perbuatan manusia walau sekecil-kecil atau sebesar-besarnya akan diperhitung dan dihisab di akhirat nanti. Perbuatan baik akan mendapat balasan baik, manakala perbuatan jahat akan menerima akibat buruk.

Sentiasa bersyukur

Seorang mukmin perlu lebih banyak merasa syukur akan segala nikmat kurniaan Allah SWT. Apa sahaja rezeki yang diperoleh adalah atas kehendak dan kurniaan-Nya. Justeru, syukur itu akan menjadikan manusia lebih tawaduk dan taat segala perintah-Nya.

Allah SWT akan mengurniakan nikmat lebih besar bagi mereka yang selalu bersyukur. Dalam menterjemahkan nilai syukur, seorang mukmin itu harus lebih banyak bermuhasabah dan melihat setiap sudut hidup sebagai anugerah Allah yang Maha Esa.

Sesungguhnya tidak akan bererti apapun yang dimiliki manusia jika tidak disertakan dengan rasa syukur dan yakin ia adalah pinjaman daripada Allah SWT. Justeru, mukmin perlu sedar dalam setiap nikmat yang dikecapi, ada rezeki orang yang lain yang tersembunyi.

Ini kerana ada kala Allah SWT mengurniakan rezeki seseorang melalui mukmin yang lain supaya mereka saling memberi dan mengingati sesama manusia.

Jauhi maksiat

Berbicara mengenai keberkatan dalam mencari rezeki, hendaklah menjauhi perbuatan maksiat yang akan menghitamkan hati, menutup pandangan mata, mengikis semua kebaikan sungguhpun mendapat nikmat di dunia ini.

Tidak ada ertinya semua kesenangan dan kenikmatan hidup jika diperoleh dengan jalan kemaksiatan kerana ia tidak mendapat keberkatan hidup, apatah lagi untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.

Orang yang sentiasa dalam kemaksiatan sungguhpun hidupnya penuh keseronokan dan kekayaan, ia hanya satu tipu daya menyesatkan dan nikmat yang membinasakan.

Oleh itu, dalam mencari rezeki seseorang mukmin hendaklah sentiasa memeriksa kesilapan yang dilakukan supaya tidak termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat istidraj. Muhasabah jalan terbaik manusia membuat pusingan U atau menghitung kesilapan diri dilakukan.


Pegang tiga paksi

Setiap mukmin hendaklah memahami ajaran agama Islam dengan sebaiknya supaya sentiasa terbimbing pada jalan yang benar. Peganglah tiga paksi diajarkan agama iaitu menjadi khalifah yang taat akan perintah Allah SWT, mengamalkan Islam sebagai cara hidup, menjadikan akhlak baik pakaian yang akan menentukan corak tindakan diri.

Akhlak baik adalah senjata mukmin untuk menjadi manusia penuh nilai manusiawi dalam membina keperibadian yang tinggi. Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia."

Hidup di dunia hanya persinggahan sebelum menuju ke kampung akhirat yang kekal abadi. Justeru, hendaklah sentiasa berusaha mempersiapkan dirinya dengan perkara yang akan meningkatkan amal timbangan di akhirat kelak.

Berdamping dengan orang soleh yang boleh menjadi pembimbing untuk sentiasa dekat kepada Allah SWT dan sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagai mengingati ajaran Rasulullah SAW. Cara itu boleh mencegah mukmin daripada terjerumus perbuatan yang boleh menyesatkan.

XXAKU WAJIB BERUBAH SEKARANG - BAKI USIA SEMAKIN MENDIKIT


AKU WAJIB BERUBAH SEKARANG - BAKI USIA SEMAKIN MENDIKIT

XXAKU WAJIB SEGERA BERUBAH

XXHIJRAH KU - BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK

Perang yang tidak ada habisnya adalah perang melawan diri sendiri.
Musuh yang paling sulit ditaklukkan adalah diri sendiri.

IQRA' 1 / 4800
Hijrahku Ini,Sebenarnya Untuk Siapa? : Ustazah Asma Harun & Wandri Wahyudi
PTS Publishing House (2022) : RM48.00

XXAKU MAHU BERUBAH

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...