Thursday, June 30, 2022

Awas Salah Baca Tertulis, Harus Dibaca Tashil Wajib, Cara Baca Surat Fus...

Ustaz Dato' Ismail Kamus - 11 Ciri-Ciri Hamba Allah

5 Janji Allah Bagi Yang Suka Memelihara Kucing | No. 5 Paling Diharapkan

JANGAN TERLEWATKAN PUASA INI DI BULAN DZULHIJJAH - Ustadz Khalid Basalamah

Menakjubkan! Ketika Dinding Makam Rasulullah Roboh, dan Terlihat Hal Aja...

SINGKAT DAN JELAS CARA BACA ASY SYU'ARA DAN AL QASAS AYAT 1 BELAJAR TAJW...

Juz 6. Pelajari 12 Bacaan Sulit di Juz 6 Agar Lancar dan Pandai Baca al-...

Hati-Hati, Saat Mulai Baca Surat al-Muzzammil Ayat 18

Jika Meninggalkan Shalat, apakah harus diQodho? - Ustadz Adi Hidayat

Monday, June 27, 2022

APAKAH MAKSUD HARI TARWIYAH DAN APAKAH KELEBIHANNYA ?

 Soalan: Apakah maksud dan kelebihan hari Tarwiyah?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Kita masih berada pada 10 hari terawal bulan Zul al-Hijjah dan umum mengetahui akan kelebihan 10 hari terawal ini, yang mana ia merupakan di antara hari-hari yang paling disukai serta dicintai oleh Allah SWT bagi orang yang melakukan amal soleh padanya. Ini merujuk kepada sebuah hadith yang sahih:

  • Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Maksudnya: “Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun."

[Riwayat Abu Daud (2082)] [Sanad hadith ini adalah sahih mengikut penilaian Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]

Tambahan pula, hari ini merupakan hari yang kelapan di dalam bulan tersebut dan ia juga dinamakan sebagai hari Tarwiyah. Untuk itu, Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menjelaskan berkaitan hari Tarwiyah serta kelebihan yang ada padanya.

Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.

  • Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).

 

  • Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [Lihat: al-Mughni, 3/249]

Untuk itu, hari Tarwiyah ini mempunyai dua maksud menurut Imam Ibn Qudamah iaitu hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Mimpi tersebut telah membuatkan Nabi Ibrahim AS tertanya-tanya pada dirinya.

Adapun berkaitan kelebihan hari ini, di sana terdapat sebuah hadith yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa selama setahun. Manakala berpuasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun.

  • Dikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda,

صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ

Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”

 

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus [2/248]Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadith ini dianggap sebagai pendusta. Sementara itu juga, terdapat perawi yang dinilai sebagai majhul (tidak dikenali). Ini kerana, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Syaukani serta Imam Ibn 'Arraq al-Kinani.

Oleh itu, kami cenderung kepada pandangan yang mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang dinilai sebagai pendusta serta terdat juga perawi yang majhul.

Walaupun begitu, sebahagian ulama yang menilai hadith ini sebagai dhaif telah menjadikannya (hadith ini) sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah. Ini kerana, sebahagian ulama membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadith yang dha’if (lemah) di dalam bab fadhail al-A’mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.

Justeru, tidak terdapat hadith yang sahih menceritakan amalan tertentu yang boleh dilakukan pada hari Tarwiyah melainkan ia termasuk di dalam umum hadith yang menceritakan akan kelebihan melakukan amal soleh pada 10 hari terawal bulan Zul al-Hijjah dan ia juga termasuk di dalam kelebihan beramal pada bulan-bulan Haram. Berpuasa atau ibadat-ibadat yang lain merupakan salah satu daripada bentuk amal soleh maka ia termasuk di dalam umum hadith.

Penutup

Kesimpulannya, hari Tarwiyah merupakan hari yang kelapan di dalam bulan Zul al-Hijjah dan tidak ada dinyatakan kelebihan yang khusus atau amalan yang khusus untuk dilakukan pada hari tersebut berdasarkan kepada hadith-hadith yang sahih. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima segala amal soleh yang kita lakukan pada hari-hari yang dicintai oleh Allah SWT ini. Amin.

Wallahua'lam

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3631-irsyad-al-hadith-siri-ke-404-apakah-maksud-hari-tarwiyah-dan-apakah-kelebihannya

Saturday, June 25, 2022

Awas, Salah Dibaca ANG ING UNG, Bedakan Baca Ikhfa A'la, Ikhfa Adna dan ...

Juz 2. Pelajari 25 Bacaan Sulit di Juz 2 Agar Lancar dan Pandai Baca al-...

CARA BACA SURAH YUSUF AWAL AYAT 9 BELAJAR TAJWID

RINGKAS DAN JELAS CARA BACA YANG BENAR ASY SYURA AYAT 1- 2 BELAJAR TAJWID

JELAS DAN RINCI CARA BACA YANG BENAR MARYAM AYAT 1 BELAJAR TAJWID

Apa tanda-tanda lalai?

sumber : Sahabat Al Quran

suhttps://www.facebook.com/SahabatPencintaQuran/

 Apa tanda-tanda lalai?

🔘 Kurang membaca Al-Quran
🔘 Kurang berzikir
🔘 Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah, tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
🔘 Banyak membuang masa untuk hiburan
🔘 Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, main hafal je
🔘 Memanjang sibuk dengan urusan dunia, cepat stress
🔘 Cara hidupnya tak macam Muslim
🔘 Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram
Ustaz kata, "Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al-Quran"
Ustaz pesan, beli Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia
Lalai, apa akibatnya pulak?
🔘 Kurang semangat nak beribadah, tak suka baca Quran
🔘'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
🔘 Hilang fokus dalam hidup
🔘 Mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada
Sebab apa boleh lalai?
🔘 Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
🔘 Berkawan dengan orang-orang yang lalai
🔘 Berada dalam persekitaran 'rosak' (contohnya, pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
🔘 Tidak berzikir
🔘 Terjerat dalam perancangan-perancangan licik kaum yang kufar (contohnya, berlebihan dalam mendengar lagu, tengok filem dan rancangan sukan)
Cara mengatasinya:
☑️ Cari sahabat yang baik
☑️ Hadiri majlis ilmu
☑️ Bangun malam dan solat
☑️ Banyakkan zikir
☑️ Rajin baca Quran
☑️ Bersangka baik dengan orang lain
Sumber : Pesanan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

JOM PUASA ISNIN KHAMIS

Apabila tubuh manusia lapar, ia makan sendiri, ia membuat proses pembersihan, membuang semua sel sakit, kanser, sel penuaan dan Alzheimer. Kekalkan muda dan melawan diabetes Penciptaan protein khas yang hanya terbentuk dalam keadaan tertentu. Dan apabila ia selesai, badan secara selektif berkumpul di sekitar sel kanser mati, mencairkannya dan memulihkan keadaan yang dinikmati oleh badan. Inilah rupa kitar semula. Berkat penyelidikan yang panjang dan khusus, saintis mendapati bahawa proses autopagi memerlukan keadaan luar biasa yang memaksa badan melakukan proses ini. Keadaan ini memaksa seseorang untuk berpantang daripada makan dan minum selama 16 jam (Cycle 8/16). Manusia sepatutnya berfungsi normal pada masa ini. Proses ini harus diulangi beberapa masa untuk mencapai badan untuk kegunaan maksimum dan mengelakkan sel-sel sakit daripada bertindak balas. Disarankan mengulangi proses lapar dan dahaga dua hingga tiga hari seminggu.


Yoshinori Ohsumi - Hadiah Nobel dalam Fisiologi dan Perubatan 

 https://www.facebook.com/watch/?v=3026798807649342


PUNCA TIDAK DAPAT MEMBACA AL-QURAN 😔


 

Lagu Minang Terbaik 2021 - Thomas Arya, Elsa Pitaloka, Yelse, Ipank, Ari...

Belajar Tahlil Dan Doa - Ringkas

Sunday, June 19, 2022

Doa Kecutkan Bengkak (Fibroid, Cyst dan Tiroid)

 Doa Kecutkan Bengkak (Fibroid, Cyst dan Tiroid)

Terkejut dengar cerita mak saudara kena bengkak fibroid. Satu hari ada seorang ustaz bagi doa ni. Alhamdulillah, sekarang dah kecut. Mak cik saya amalkan doa ni.


Kredit: Hamba Allah

PESANAN DARI MURABBI UMMAH

*13 PETUA KESIHATAN.
1. *Tidur* tepat pada masa *11.00 malam hingga 4 pagi*. Tidur *miring ke kanan*, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.
2. *Tiada gula*. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.
*Kurangkan nasi*. Hanya *10 suap sehari*. Bagi yang baru *bermula* kurangkan jadi *25 suap sehari*. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.
*Beras basmathi*. Tiada tepung dan gandum.
*Banyakkan sayur* dan *buah buahan*.
3. Check dengan Doktor. *Buat ujian darah*. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.
4. *Ambil supplement* -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan *mengikut nasihat pakar*. *Bukan* dengar *cakap jurujual*.
5. *Exercise* supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional *dua minggu sekali*.
Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah *Isnin* dan *Khamis*. Dua hari itu *puasa*.
6. *Minum banyak air*. *Terutama* pagi masa *bangun pagi* dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.
7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.
8. *Biasakan lidah makan benda pahit*. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.
9. *Baca al Quran*. Gandakan sujud. *Banyak solat sunat* dan *taubat*. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. *Baca buku buku*. Membaca.
10. *Pilih team pergaulan*. *Kurangkan bersama "si mata lalat*" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.
11. *Bersyukur*. *Redha* dan *bersabar*. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.
12. *Jimat perkataan*. Usah *sembang kencang*. Usah *dibuai perasaan*.
*Banyakkan berfikir dan berzikir*. Utamakan masa bersama keluarga.
13. *Tidur malam* dengan *selimut kaki* atau *pakai stokin* supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. *Maafkan semua orang*. Bersihkan kolam jiwa. *Tiada dengki* dan *iri hati*. *Doa dan doa*.

AlFatihah buat Murabbi Ummah

PESANAN DARI SURAU

 Ada satu hari tu aku pi solat kat Petronas. Lewat sikit aku sembahyang asar hari tu. Astaghfirullahala'zim.

Dalam surau tu ada sorang pak cik tengah solat. Aku pun jadikan dia imam. Aku takbir kuat sikit. Tapi mungkin dia tak perasan kot, dia baca perlahan je, macam solat sorang-sorang. Tapi aku tetap follow dia.
Oleh sebab dia solat depan aku, habis je dia bagi salam, aku tengok dia solat lagi.
Habis je aku solat, aku tengok dia masih solat lagi. Ah, dah berapa rakaat dah dia ni sembahyang.
Sementara tunggu masuk waktu Maghrib, aku rilek jap main henset. Aku tengok pak cik tadi masih solat tak habis-habis lagi.
Bila masuk waktu maghrib, dia senyum kat aku. Aku pun balas senyuman. Muka dia putih bersih. Mungkin dia perasan aku tengok dia solat. Dia tiba-tiba cakap kat aku...
'Jangan jadi macam pak cik dik, masa pak cik muda-muda dulu pak cik selalu tinggal solat. Sekarang ni pak cik cuba ganti solat mana yang pak cik teringat. Harap-harap Allah ampunkan dosa pak cik. Dah tua-tua ni risau betul tiba-tiba Allah tarik nyawa pak cik.. Risau pak cik kalau-kalau Allah letak pak cik dalam neraka sebab dosa pak cik..'
Allah, Allah. Rasa nak menitis air mata aku.
Solat maghrib, dia suruh aku jadi imam. Habis solat dia bisik kat aku 'jaga solat dik. Jangan jadi macam pak cik, jangan..'
Pesanan yang pendek tapi sangat membekas dalam hati.
😢😢
Allah kan, kalau Dia nak bagi hati kita tersentuh, cukup Dia hantar seorang pak cik entah dari mana, agar aku ingat pada Dia. Harap kau dapat Husnul Khotimah pak cik.
'Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunan kami. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami..'
Aamiin
😢
Sumber: FB Muhammad Yusof

Tuesday, June 14, 2022

TAZKIRAH BUAT BEKAL PERJALANAN HIDUP

Hijrahlah: Ubah Dirimu, Dunia Berubah Ditanganmu - Ustaz Che Amran Yusoff
   
https://www.youtube.com/watch?v=nHmS14lBECE

Sunnah Dalam Kehidupan Seharian - Ustaz Amran Yusoff

https://www.youtube.com/watch?v=KJorN1srnGQ

Untung Di Dunia Dan Akhirat - Ustaz Che Amran Yusof

https://www.youtube.com/watch?v=km-FE48VW50

Monday, June 6, 2022

MAGHRIB INI 7 ZULQAEDAH 1443H - AKU YANG BARU PUN BERMULA

ADD PAHALA REMOVE DOSA CHARGE IMAN : MIFTAHUL ASROR MALIK
PUSTAKA ILMUWAN (2020) : RM25.00 (212 m/s)

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...