Monday, February 28, 2022

JANGAN SAMPAI BANGSAKU TIADA NEGARA

Pahlawan Mat Kilau pernah berkata:
"...Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku, putus seluruh uratku, hancur seluruh tulangku, hilang seluruh nyawaku, tak akan dapat menahan semangatku untuk membebaskan tanah ini... Selagi agama, bangsa dan tanah ini diperas penjajah, selagi itulah aku tidak akan berdiam di rumah sehingga menang atau syahid di jalan ALLAH..."
Begitu para pahlawan dahulu dalam perjuangan dan keteguhan hati yang rela berkorban diri demi memerdekakan tanah dan bangsa ini... Namun berapa ramai lagi diantara kita hari ini yang mendakap erat semangat pahlawan terbilang ini? Beliau bukan saja pahlawan, akan tetapi adalah pengamal Tareqat Tasawwuf yang sangat digeruni musuh Islam... Justeru pahlawan ini juga pernah berpesan:
"...Kalau beragama, jangan sekadar pakaiannya (Syariat), biar tentu bersih juga tubuhnya (hakikat)... Kalau belajar, jangan sekadar ilmunya, biar tentu kukuh juga adabnya... Kalau beramal, jangan sekadar ayatnya, biar tentu juga berbulat dengan rahsia-NYA..."
Begitu pesan Pahlawan Mat Kilau... Diharap kite sebagai anak Melayu khususnya dapat mengambil iktibar melalui kata² Pahlawan Terbilang ini... InsyaAllah.
Kredit : Gerakan Pendekar Malaysia


Komen ku : Dari detik merdeka sehingga kini tanah air ku menjalani arus pembangunan dan kemajuan namun bangsa ku tetap terpinggir dan atas nama kerjasama politik semua bangsa bangsa ku tetap tersingkir.Ahli (?) politik kaya raya mengumpul kekayaan peribadi,bangsa asing menumpang senang menunggang kuasa ahli politik - semoga esok hari anak bangsa ku tetap miliki tanah air sebagai halaman kehidupan bukan hanya di atas lembaran kertas buku sejarah sahaja.

Sunday, February 27, 2022

*PROSES AUTOPHAGI & AUTOLISIS DALAM PUASA*

 *Berbahagia bagi yang gemar berpuasa Isnin Khamis*, manfaatnya dikupas oleh Pemenang Hadiah Nobel dari Jepun sebagai berikut :


*PROSES AUTOPHAGI & AUTOLISIS DALAM PUASA*

Konsep autophagi adalah menjadikan tubuh lapar. Ketika tubuh seseorang lapar, maka sel-sel tubuhnya pun ikut lapar. Sel-sel yang lapar ini akan memakan sel-sel dirinya yang sudah tidak beguna lagi atau sel-sel yang telah rosak atau sel mati, agar tidak menjadi sampah dalam tubuh. Dengan demikian sel-sel mati ini tidak akan menghasilkan sesuatu yang boleh membahayakan tubuh... Jadi, tubuh orang yang berpuasa akan membersihkan dirinya sendiri!!!..

Ilmuwan bernama Yoshinori Ohsumi ini telah membuktikan dan menemukan bahwa ketika seseorang lapar (PUASA) dalam jangka waktu tidak kurang dari 8 jam dan tidak lebih dari 16 jam, maka tubuh akan membentuk protein khusus di seluruh tubuh yang disebut *autophagisom*...

*Autophagisom* tersebut boleh diandaikan sebagai suatu penyapu raksasa yang mengumpulkan sel-sel mati yang tidak berguna dan boleh  membahayakan tubuh untuk dikeluarkan...

Sel-sel mati ini banyak dihasilkan oleh sel kanser dan sel berbentuk kuman (virus atau bakteria) penyebab penyakit...

Protein *autophagisom* tersebut menghancurkan dan memakan sel-sel berbahaya tersebut, lalu mengeluarkannya...

*Sebagai kesimpulan dari riset ini, doktor Yoshinori Ohsumi menyarankan agar seseorang boleh menjalani praktik melaparkan diri (PUASA) dua atau tiga kali dalam seminggu.*

Penelitian ini telah memenangkan penghargaan *NOBEL KEDOKTORAN* kepada dokter Yoshinori Ohsumi atas riset yang ia namakan *AUTOPHAGI.*

Bagi Muslim, disunnahkan puasa Isnin dan Khamis, dan diwajibkan bagi yang  berpuasa selama 1 bulan di Bulan Ramadhan...

Artinya bahwa konsep AUTOPHAGI sesungguhnya sudah disarankan sejak 15 abad yang lalu oleh *Rasulullah SAW*...
Tinggal  mempraktikkannya dengan tata cara puasa yang betul...

*Selain perkara di atas, ada juga terjadi AUTOLISIS*

Jangan terkejut ya.. pada jam 12thari hingga 6ptg kita akan merasa letih.

Bersyukurlah..
Karena itu bermakna akan dimulai satu proses yang sangat bermanfaat untuk tubuh kita.

Proses itu adalah AUTOLISIS.

*Autolisis adalah proses pembuangan sel-sel yang mati atau rosak di dalam tubuh kita.*

Bayangkan..
Kalau kita tidak puasa..
Organ pencernaan kita hampir tak pernah berhenti bekerja.
Setiap kita makan, memerlukan +-8 jam organ pencernaan kita utk bekerja.

Jam 7pg sarapan pagi, maka jam 3ptg organ baru selesai bekerja, tapi jam 12tghari kita sudah makan lagi.

Dari jam 12 seharusnya selesai cernaan jam 8mlm, kita makan lagi jam 7mlm. Belum lagi kalau jam 11mlm ambil/makan mee/nasi goreng dsbnya.

*Astagfirullah..*

Kalau tubuh kita boleh bercakap..
mungkin dia akan mengatakan..
"Boss saya resign saja ya"

Maka..
Jika kita puasa..
Sahur jam 4, organ bekerja sampai jam 12.

Jam 12 hingga jam 6ptg, organ kita menganggur tak ada kerja. 6 jam..
Banyak masa tu.

Seperti ibu-ibu di rumah..
Kalau tak ada kerja, kan suka kemas-kemas rumah,  bersih-bersih, buang barang-barang yang tak terpakai.

Sama saja.
organ kita kalau tak ada kerja, mereka akan melakukan pembersihan tubuh,  inilah Autolisis.

*Bagus kan..*

Inilah kenapa puasa itu sehat, bahkan in syaa Allah boleh megubati banyak penyakit, diabetis, buah pinggang, bahkan kanser.

Makin banyak puasa.
Makin bersih tubuh kita..
Makin sehat kita.
In syaa Allah

*Maka bahagialah kita diperintahkan puasa.*

Selamat berpuasa
Semoga makin cinta menjalankan ibadat puasa
sehat selalu.
*_Aamiin_* 🙂🙏👍


Dr. Yoshinori Ohsumi

Friday, February 25, 2022

TARGET TAHUNAN KHATAM AL QUR'AN (KPI KITA)

 Mesti ada target khatam bacaan Al Qur'an bagi kita 'orang awam' ni. Nak tiru Imam Syafie khatam tiap-tiap hari memang kita tidak mampu. Ikuti cara paling dhaif ni..

😁😁😉🤗
1x setahun = setiap 12 bulan sekali khatam dan terserah masa sendiri. Contoh: (start baca 1hb Muharram - 30hb Zulhijjah baru habis..)
2x setahun = setiap 6 bulan sekali khatam.
Contohnya: (Muharam, Safar, R.Awal, R. Akhir, J. Awal, J. Akhir) dan seterusnya
3x setahun = setiap 4 bulan sekali khatam.
Contoh: (Rejab, Sya'ban, Ramadhon, Syawal) dan sebagainya.
4x setahun = setiap 3 bulan sekali khatam.
Contoh: (Muharram, Safar, R.Awal) dan seterusnya.
5x setahun = setiap 3 bulan sekali khatam kecuali...
Contoh: (Rejab dan Sya'ban = 1x khatam dan Ramadhan = 1 x khatam) seterusnya ikut mcm bacaan spt 3 bulan sekali khatam.
6x setahun = setiap 2 bulan sekali khatam...
Contoh: (Muharram dan Safar) dan seterusnya.
12x setahun = setiap 1 bulan sekali khatam..ini mmg rare bagi taraf kita yg kononnya sibuk.
Pilihlah yang mana berkenan dan termampu kita buat dan istiqomah. (Bab bacaan dan Khatam Qur'an)..Tidak termasuk bacaan dlm Solat tau..itu tidak diambil kira sebagai KPI khatam.
**
👉
Sekiranya tak ader 1 pun dari di atas yg kita boleh luangkan masa untuk khatam bacaan Al Qur'an, kalau nasib baik, kita tunggulah orang lain tlg bacakan utk kita yerr...
🤔
DAU/DHNN Al Kelantani

Thursday, February 24, 2022

MUHASABAH DIRI DI PENGHUJUNG AKHIR ZAMAN

Muhasabah Diri Buat Kita Semua Ummah Di Penghujung Akhir Zaman
Pesan Rasulullah SAW - Perbanyakkanlah ibadah sebelum terlambat iaitu sebelum datangnya zaman gelap iaitu tempoh masa di mana nak buat ibadah pun susah kerana banyaknya rintangan ketika itu.

Kuliah Ustaz Wadi Anuar pada 20/2/2018 (hampir 4 tahun yang lalu) di Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbuk,Sungai Petani,Kedah.
Kredit to Ar-Rahman TV


Tuesday, February 22, 2022

BAGAIMANA MAHU ISTIQOMAH DALAM IBADAH?

“Ustaz, bagaimana nak didik diri saya untuk terus rajin ibadat?”
“Macam mana nak kekal dengan ibadat-ibadat sunat ni ?” 

“Ustaz bagi tips.. untuk saya terus menerus Istiqamah selepas Ramadan ni.
Istiqamah bermakna tetap teguh serta konsisten di atas satu-satu perkara atau juga bermaksud sentiasa berada di dalam ketaatan kepada Allah. Ia adalah satu kalimah yang mudah disebut namun sangatlah sukar untuk dilaksanakan.

Bahkan Rasulullah pernah bersabda “Telah putih beruban rambutku disebabkan surah Hud”, Imam Qurtubi menafsirkan kata-kata RasuluLlah ini menggambarkan perasaan berat baginda dengan satu ayat yang diturunkan dalam surah Hud, ayat 112 ;

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa Istiqamah di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu

Jadi tidak hairanlah jika ada antara kita yang gagal untuk berpuasa sunat walaupun cuma enam hari di bulan Syawal, ataupun gagal untuk khatamkan Al Quran walaupun sekali sepanjang Syawal ! Sedangkan ibadat puasa dan tilawah mungkin sangat mudah sepanjang Ramadan. Hal ini memang perlu kita risaukan, kerana sebahagian ulama menyatakan antara syarat dan isyarat bahawa amalan sepanjang Ramadan kita diterima ialah, kemampuan kita kita untuk terus istiqamah selepas Ramadan.

Berdasarkan petunjuk Al Quran dan Hadis, terdapat beberapa panduan dan tips yang boleh membantu kita kekal istiqamah :


Doa dan mohonlah istiqamah daripada Allah

Sesungguhnya hati-hati manusia sentiasa dalam genggaman Allah. Dia juga lah akhirnya yang menentukan siapa yang beriman dan siapa yang kufur, demikianlah juga siapa yang istiqamah dan siapa yang futur. Maka kemampuan istiqamah ini adalah merupakan anugerah Allah kepada hamba yang Dia kehendaki.

وَلَوْلَا أَن ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ كِدتَّ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شَيْئًا قَلِيلًا

Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau (wahai Muhammad) sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka (orang Musyrikin). [AL Israa : 74]

Jelas dinyatakan bahawa istiqamah Rasulullah adalah merupakan kurniaan daripada Allah, maka sayugialah bagi kita untuk sentiasa memohon dan berdoa supaya dianugerahkan Allah dengan istiqamah ini sehingga ke akhir nafas kita di dunia. Inilah perkara paling asas dan utama dalam istiqamah; ia bergantung kepada kesungguhan seorang hamba untuk berharap, merayu dan berdoa memohonnya daripada Allah.

Diriwayat dalam satu hadis, ketika ditanya kepada Ummul Mukminin, Ummu Salamah, Apakah doa yang banyak dibaca oleh RasuluLlah ;

قالَت : كانَ أَكْثرُ دعائِهِ : يا مُقلِّبَ القلوبِ ثبِّت قلبي على دينِكَ، قالَت : فقُلتُ : يا رسولَ اللَّهِ ما أكثرُ دعاءكَ يا مقلِّبَ القلوبِ ثبِّت قلبي على دينِكَ ؟ قالَ : يا أمَّ سلمةَ إنَّهُ لَيسَ آدميٌّ إلَّا وقلبُهُ بينَ أصبُعَيْنِ من أصابعِ اللَّهِ ، فمَن شاءَ أقامَ ، ومن شاءَ أزاغَ

“Doa terbanyak yang dibaca Nabi ialah Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati manusia, tetapkan hatiku di atas agamaMu.. maka aku bertanya Ya Radulullah, kenapakah doa tersebut ? Jawab Radulullah “Duhai Ummu Salamah, tidaklah setiap hati manusia kecuali berada antara jari jemari Allah jua, siapa yang dikehendaki akan istiqamah.. dan juga siapa yang Dia kehendali juga akan berpaling..”

Maka banyakkalah doa kita ;

  اللهم انت يا مقلِّبَ القلوبِ ثبِّت قلبي على دينِكَ.”

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَابُ..

“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)

Mulakanlah dengan perkara asas dan janganlah melampau

Untuk mendapat istiqamah, kita juga dilarang untuk melampau-lampau dalam beribadat. Ibadat yang dilakukan secara melampaui batas selalunya tidak akan mampu bertahan lama untuk diamalkan. Ini lah perkara yang dinasihatkan Rasulullah apabila ditanya, apakah amalan yang paling disukai Allah; 

“Sebaik amalan adalah yag berterusan meskipun sedikit…”

Larangan ini turut difirmankan Allah ketika berbicara tentang istiqamah ;

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا ۚ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, juga kepada mereka yang bersamamu yang bertaubat kepada kebenaran; dan JANGANLAH KAMU MELAMPAUI BATAS; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. [Hud : 112]

Antara kesilapan biasa juga jika seseorang terlalu memberi fokus kepada amalan yang dilihat gah dan hebat. Hakikatnya, kehebatan dan besarnya nilai sesuatu amalan tidak akan pernah terhasil tanpa mempunyai asas-asas kecil seperti pembersihan hati, pemurnian solat, penjagaan lidah dan sebagainya.

لا يستقيمُ إيمانُ عبدٍ حتَّى يستقيمَ قلبُه ولا يستقيمُ قلبُه حتَّى يستقيمَ لسانُه

“Tidak akan istiqamah Iman seorang hamba kecuali hatinya telah beristiqamah, dan tidak akan istiqamah hatinya kecuali setelah beristiqamah lidahnya..”

Yang pastinya, adalah satu kesilapan besar jika kita sibuk untuk beristiqamah dalam perkara-perkara sunat, tetapi pada masa yang sama tidak mengambil berat serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perkara wajib ataupun dalam meninggalkan perkara haram.


Berpaksilah pada ibadah solat

Al Quran meneruskan pencerahannya dalan Surah Hud tersebut, dalam ayat ke 114

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah Allah yang demikian menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Sesunggunya istiqamah adalah sesuatu yang ingin ditegakkan dalam diri manusia, maka sudah tentulah ia memerlukan kepada satu teras dan tiang yang kukuh. Solat adalah ibadat yang menjadi tiang kepada agama seseorang. Barangsiapa yang mendidirkan solat, maka dia telah menegakkan agamanya, sebaliknya mereka yang merobohkannya (meninggalkannya) diibaratkan telah meruntuhkan agamanya.

Mulakanlah diri kita untuk istiqamah melaksanakan solat-solat fardhu dengan sesempurna mungkin. Jika telah baik, pastikan pula untuk sentiasa melakukannya secara berjemaah dan juga di awal waktu. Jika itu juga telah selesai, beristiqamahlah pula dengan solat-solat sunat yang mengiringi solat-solat fardhu. Solat sunat yang paling afdhal adalah Solat Tahajjud yang dilaksanakan dini hari di kala ramai manusia lena dibuai mimpi.

Bahkan ia adalah hikmah terbesar solat iaitu memastikan hubungan rapat kita yang terus menerus dengan Allah siang dan malam. Tidak berlaku senggang waktu yang lama kecuali kita akan kembali menyucikan diri lalu mengadap dan berdialog dengan Allah yag maha agung. Tiada masa yang terlalu jauh yang akan melekakan kita daripada istiqamah.

الصلواتُ الخمْسُ، و الجُمعةُ إلى الجُمعةِ، و رَمضانُ إلى رمضانَ: مُكَفِّراتٌ لما بينهُنَّ إذا اجْتُنِبتِ الكبائِرُ

Solat-solat Fardhu, Solat Jumaat ke Jumaat seterusnya, juga Ramadan ke Ramadan berikutnya – menghapuskan kesalahan antara keduanya, selagi mana menjauhi dosa-dosa besar. [Riwayat Ahmad]

Melazimi dan sentiasa bersama orang-orang yang soleh 

Di antara cara paling berkesan untuk memastikan diri kita kekal istiqamah atas jalan kebaikan adalah dengan melazimkan diri kita agar sentiasa bersahabat dan bergaul dengan orang-orang yang soleh. Hal ini disebabkan manusia secara fitrahnya akan terkesan dengan suasana sekelilingnya.

Jika kita selalu bersama mereka, maka kita pastinya akan terpengaruh dengan aura-aura kebaikan serta teladan-teladan soleh yang wujud pada diri mereka. Ataupun paling tidak, kita juga akan mudah mendapat nasihat teguran mereka andai kita terlalai dan tergelincir daripada landasan kebenaran.

مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً

“Perumpamaan teman yang baik dan yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, mungkin membuat bajumu terbakar, atau juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Bukhari dan Muslim]

Perhatikanlah sekeliling kita, dan cuba senaraikan nama-nama mereka yang boleh dan akan menasihati kita jika kita terlalai dengan dosa dan maksiat. Tanpa kita sedar, bilangan mereka adalah sedikit, dan apabila bertambah usia kita, bilangan mereka turut menjadi semakin sedikit. Kata seorang hukama ; Menjadi tanda kemusnahan diri seseorang, apabila TIADA lagi teman yang mahu dan mampu menegur kesalahannya..
Maka carilah segera sahabat-sahabat yang sentiasa mengajak kita kepada kebaikan, dan bersabarlah untuk bersama mereka ;

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ

Dan sabarlah dirimu untuk sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; [Al Kahfi : 28]

Termasuk dalam makna petua ini juga ialah dengan kita sentiasa mencari suasana persekitaran yang soleh dan juga aktiviti-aktiviti kolektif yang bermanafaat. Melazimi hal yang tersebut sudah tentunya akan membantu diri kita untuk kekal istiqamah.

Bantulah agama Allah nescaya Allah meneguhkan pendirian kamu 

Tips terakhir untuk membantu kita istiqamah adalah sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT sendiri di dalam firmanNya ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan MENEGUHKAN tapak pendirian kamu. [Muhammad : 7]

Allah telah menetapkan sunnah dalam perjuangan agama Islam ini, menuntut kepada pengorbanan daripada manusia sendiri. Meskipun pada hakikatnya, Allah tidak langsung memerlukan bantuan manusia dalam segala hal. Hikmahnya agar manusia akan mampu mendapat ganjaran yang besar disisi Allah berupa pahala jihad, pergorbanan, kesetiaan dan juga ketinggian syahid. Inilah tradisi perjuangan Islam yang kita warisi daripada para Nabi dan Rasul serta pejuang Islam sepanjang zaman.

Janji Allah untuk meneguhkan pendirian kita ini adalah benar, maka pastikan kita mempunyai sumbangan dalam perjuangan menegakkan Islam dalam hidup kita. Perjuangan ini bukanlah bermakna hanya dengan berperang mengangkat senjata, bahkan ia juga bermaksud sebarang sumbangan yang mampu kita berikan dalam usaha mengangkat agama Islam. Hakikatnya, kita tahu kadar kemampuan kita, DAN Allah juga tahu kadar kemampuan yang kita miliki, maka kita akan dinilai di akhirat nanti, adakah kita benar-benar telah memberikan pengorbanan sebenar kepada Islam.

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk menyumbang kepada perjuangan Islam dalam apa sahaja bentuk sumbangan. Korbankanlah masa, harta, peluh bahkan nyawa demi agama ini, nescaya Allah akan mengurniakan kita istiqamah dan juga balasan terbaik di syurgaNya nanti.
RasuluLlah juga mengajar kita bahawa amal terbaik adalah dengan secara berjemaah. “Bantuan Allah bersama kerja yang berjamaah (kolektif)”, oleh yang demikian, sumbangan terbaik untuk penegakan agama Islam adalah dengan menggabungkan diri kita dengan amal kolektif, buat lah penelitian terbaik untuk bersama dengan mana-mana jemaah Islam yang ada, akhirnya Allah juga yang akan menilail amalan kita.

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” [At Taubah : 105]

Nota :

Penulis telah memilih untuk bersama dengan dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), doakan dia agar terus beristiqamah 
Ustaz Mohd Zulkifli b Ibrahim
YDP Ikatan Muslimin Malaysia
Cawangan Kemaman

Saturday, February 19, 2022

TIDAK ADA HIJRAH TANPA MUJAHADAH

Apa erti mujahadah?

Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu." 

Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah." Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi. 

Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat. Berbuat maksiat maksudnya melakukan sesuatu yang dilarang Allah.

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, 'Jika cintamu benar, kamu akan mentaati NYA kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu'."

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan yang ada pada umat Islam. Kepercayaan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi. 

Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, "Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang." 

Mereka yang bermujahadah sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan kepentingan jangka panjang. Antara perkara yang merangsang mereka untuk mengutamakan kebahagiaan masa depan ialah firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Aku (Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pernah dirasai oleh hati manusia."

Mujahadah adalah jambatan kepada takwa. Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, "Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, 'Bantulah dirimu dengan banyak bersujud'. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran."

Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada Allah berdasarkan firmanNya dalam surah Al-Ankabut ayat 69, "Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." Berhubung dengan ayat ini Imam Ad-Darani berkata, "Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui." Fudail Iyad berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal." Junaid Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan." Sahabat Abdullah ibn Abbas pula berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."

 

Thursday, February 17, 2022

LIKU-LIKU DI SEPANJANG JALAN PULANG KU


Perjalanan yg pasti akan kita lewati...

Manusia sejak dari dalam rahim ibu hingga setelah meninggal dunia akan melalui sebuah perjalanan yang panjang.Manusia akan melalui tahap alam kehidupan sejak kelahirannya sebelum akhirnya mendapat kemenangan berkesempatan bertemu dengan Allah di surga atau terpuruk dilembah neraka.

Setiap tahap ditempuh dalam waktu yang berbeda-beda, mulai dari hitungan beberapa bulan hingga ribuan tahun.

Cara hidup manusia di dunia akan menentukan kehidupan selanjutnya di alam lain nanti.Perbuatan kebaikan akan memudahkan hidup di alam kubur dan di hari pembalasan kelak.Begitu juga sebaliknya, keburukan akan membawanya pada kesengsaraan di alam kubur dan di alam akhirat.

Semoga kita semua diberikan keselamatan menuju Allah dipermudah mengucap kalimah thoyibah LAA ILLA HA ILLALLAH diakhir nafas kita dalam kehidupan di dunia yg fana ini, untuk menuju akhirat yang kekal dengan khusnul khotimah.

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...