Tuesday, December 28, 2021

AMALAN HARIAN ALMARHUM TUAN GURU DATO' USTAZ HAJI ISMAIL BIN KAMUS - AL FATIHAH!

Anda ingin tahu apakah amalan beliau setiap hari?

Mari kita tengok dan contohi beliau, mudah-mudahan Allah SWT memberi keberkatan dan kemurahan rezeki yang melimpah ruah

1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg) -mandi dan ambil wuduk

2. solat sunat wuduk.

3. solat sunat taubat.

4. solat sunat tahajjud (8 rakaat).

5. solat sunat hajat ( mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak)

6. solat sunat witir 3 rakaat.

7. istighfr 100x

8. tahlil 300x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ sebanyak 40x

10. tasbih 40x

11. solat sunat fajar

12. solat subuh.

13. baca yaassin lepas subuh.

14. solat sunat dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor - solat sunat sebelum - solat sunat selepas

16.Solat Asar - solat sunat sebelum

17. Solat maghrib - solat sunat selepas

18. Solat Isya' - solat sunat sebelum -solat sunat selepas *(4 rakaat)

19. Sebelum tidur baca :
- al-quran
- surah Al-mulk
- surah sajjadah
- surah al-waqiah

20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

Kata-kata beliau yang cukup memotivasikan diri kita untuk beribadah adalah “didunia bukat tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Jadi, jom sama-sama kita beramal bersama.

Dato Ismail Kamus sudah tolong kita dengan cara menunjukkan jalan untuk beramal. Kita cuma yakin dan berusaha untuk beramal.

Kalaupun, amalan-amalan ini kita rasa berat untuk diamalkan jangan tinggal semua.

Mulakan beramal sedikit demi sedikit. InsyaAllah kita semua boleh beramal sepertimana beliau.

Amalan yang istiqamah memudahkan kita untuk meraih rezeki. Kalau anda ingin tahu rahsia rezeki.


AKU CABAR DIRI UNTUK 40 HARI (15/12/2021 - 23/1/2022) INSHA ALLAH!

* Selawat Tajrifiyah 33x sehari
* Selawat Ibrahimiah 100x sehari
* Puasa Isnin Khamis & Hari Putih (13,14,15hb)

TAK MAMPU BUAT SEMUA JANGAN TAK BUAT SEMUA

Monday, December 27, 2021

HARI INI ADAKAH LEBIH BAIK DARI SEMALAM???

Semakin berusia...sepatutnya makin fokus kepada usaha kembali kepada Allah.
.
Setiap pertemuan, interaksi dam komunikasi mesti menjurus kepada itu. Jangan relakan syaitan menipu 2 kali.
.
Sekali semasa remaja. Sekali lagi sewaktu retua. Impian dan perlakuan dosa semasa remaja menjadi angan-angan dan pengulangan dosa semasa tua.
.
Imam Safie RHM memakai tongkat ketika usianya mencapai 40 tahun... sedangkan dia seorang penunggang kuda dan pemanah yang tangkas dan cergas.
.
Ketika ditanya mengapa?
.
Beliau menjawab, "tongkat ini mengingatkan aku supaya memberi tumpuan sepenuhnya bagi diri ku menuju Allah. Bukan masanya berlengah lagi!"
.
sumber : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Saturday, December 11, 2021

"Tips Menghafal Al Quran Dengan Mudah"

 "Tips Menghafal Al Quran Dengan Mudah"

1 - Ulang ayat pertama sebanyak 20 kali.
2 - Ulang ayat kedua sebanyak 20 kali.
3 - Ulang ayat ketiga sebanyak 20 kali.
4 - Ulang ayat keempat sebanyak 20 kali.
Kemudian.
5 - Ulang keempat-empat ayat ini sebanyak 20 kali.
Begitulah bagi ayat Al-Quran yang selanjutnya.
Yang penting istiqamah, perlahan-lahan.
InsyaAllah.
Pantang Larang.
Jangan Tengok Secara Sengaja.
1 - Salib.
2 - Kemaluan.
3 - Najis.
4 - Aurat orang lain.
Jangan Makan.
1 - Makanan Syubhah.
2 - Makanan yg tidak mendapat keizinan drpd tuannya.
3 - Bahagian kepala haiwan.
Makan Lah.
1 - Madu.
2 - Kismis.
3 - Air zam-zam.
4 - Daging.
Waktu Sedap Nak Hafal.
1 - Sebelum dan selepas Subuh.
2 - Waktu Maghrib.
Cara Menghafal.
Kalau nak hafal satu muka surat, baca banyak-banyaj kali muka surat tu afdhal lebih 15 kali lah .. Dah lancar tajwid, baru hafal satu-satu tengok maksudnya sekali dan fahamkan dan amalkan.
Pesanan.
1 - Betulkan niat .. Jangan niat kita hafal ni kononnya nak tunjuk diri kita ni
hebat
boleh hafal ayat Quran, niat ikhlas kerana Allah, kalau niat salah, memang sangat lembab nak hafal.
2 - Jangan tinggalkan al-Quran walaupun sehari. Nanti nak ulang balik confirm traffic jam.
3 - Kurangkan nyanyi dan lebihkan baca al-Quran.
4 - Jangan hafal dengan 'otak' tapi dengan 'hati'. Jika ayat al-Quran di otak, akan ingat-ingat lupa kerana otak banyak fikir benda lain.
Kalau ayat al-Quran di hati,
UnsyaAllah akan ingat sampai bila-bila kerana hati ingat sesuatu yang berharga sahaja.
Engineer boleh hafaz Quran.
Doktor boleh hafaz Quran.
Polis boleh hafaz Quran.
Askar boleh hafaz Quran.
Guru boleh hafaz Quran.
Cleaner pun boleh hafaz Quran.
Semua orang boleh hafaz jika usaha sungguh-sungguh.
Seorang ustaz pernah berpesan,
kalau kita main game berterusan,
kita boleh jadi pakar game.
Begitu juga hafaz Quran,
kalau berterusan,
kita boleh hafaz Quran dengan lancar.
Jom mula hafal Quran .. Mulakan dengan surah yang senang-senang.
Semoga Berjaya
♥️
Aamiin...

Thursday, December 9, 2021

MARILAH MENGERJAKAN SOLAT,MARILAH MENUJU KEJAYAAN

PESANAN PAK SU MID,BUKIT TEMBAGA.


 Sekadar perkongsian

"Pesan Arifbillah Tuan Guru Pak Su Mid Bukit Tembaga (Kedah) kepada kami, supaya mengaji biar berkitab, yang tak dapat mengaji di pondok, mengaji di masjid, surau. Yang penting adalah kitab. Kerana berkah jika kita mengaji dengan berkitab, dhobit kitab dan semua itu adalah mutiara-mutiara yang tak dapat kepada mereka yang datang masjid surau bawa telinga sahaja. Cari medan ilmu yang menggunakan kitab. Jangan sibuk dengan dunia sahaja sampai mengaji kitab pun tak sempat. Nanti mati nak bagi jawapan apa dekat Allah?!!

Soal faham ka tak itu kerja Allah, tetapi mai mengaji tu tugas kita."

BERSELAWATLAH KERANA KITA NAK BERSAMA NYA NANTI

APABILA SUDAH MENCAPAI 45, 55, 60, 70 TAHUN,

Maka para alim ulama memberi naslhat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun:

Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60, 70 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya : Bererti kamu sekarang berjalan menuju kepada Tuhanmu makin hampir… Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu.

Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum aklbat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus…!

Maka para alim ulama memberi naslhat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun:

1. J4NGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat

2. J4NGAN berlebih-lebihan, BERHIAS, BERSOLEK, dan BERPAKAIAN

3. J4NGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh

4. J4NGAN BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kepada kita

5. J4NGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat

6. J4NGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur

7. PERBANYAK doa mengharap keredhaan ALLAH agar husnul Khatimah (matl dalam kesudahan yang baik) dan dijauhkan dari Su’ul Khatimah (matl yang tak baik)

8. TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematlan, dan bersiap menghadapinya

9. Siapkan/tuliskan WASIAT yang berguna untuk kaum kerabatmu

10. Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang telah renggang sebelumnya

11. MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi

12. TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa’at setelah kita matl

13. MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesal4han itu

14. Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain

15. Berhentilah dari melakukan semua MAKSlAT!!!

16. MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu

17. TANGAN, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu

18. MULUT, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITN4H, dan berhentilah menyakiti hati orang lain

19. TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat

20. Berbaik sangka lah kepada ALLAH atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

21. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istlghfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu

22. Banyakkan bersedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat

Semoga bermanfaat bagi kita semua dan ALLAH lindungi kita dari segala muslbah. Aaminn.

Bersabarlah kepada mereka yang sedang di uji dengan kesus4han, kesedlhan, kesakltan, kelaparan.

Ya ALLAH.. Angkatlah segala ujian dan muslbah ini.

Kredit: Che Amah Che Amah via sinarnasional

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid
Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..
Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..
Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...
Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..
2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..
3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg
terbaik
utk kita..
4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..
5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..
6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..
7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..
8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..
9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..
10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2...
Semoga kita semua memperolehi manfaat dari nasihat ini.
Credit : Hamba Allah

Wednesday, December 8, 2021

MELANGKAH HIJRAH BERSAMA TAUBAT KU UNTUK SIAPA IMAM IBNU JAUZI

TAUBAT KU UNTUK SIAPA (KITAB BAHR AD-DUMU') : IBNU JAUZI
PENTERJEMAH : ANIZA AZERI
PTS PUBLISHING HOUSE (2022) : RM32.00 (477 muka surat)

Monday, December 6, 2021

TIPU ... MADU PALSU DARI CINA

 


Bismillaah.
Pendedahan Ini Mungkin Mengejutkan Anda.
C&P
PERKONGSIAN.
*Harap pembaca dapat baca dengan hati terbuka. Maaf jika ada yang tersinggung.Kami bercakap atas kebenaran demi kebaikan pengguna.*
"Buat pengetahuan anda, Malaysia sekarang salah satu negara pengeksport madu terbesar. Pada hal Malaysia mana ada madu sangat. Tapi madu madu dari Cina mengunakan Malaysia sebagai pusat hub transit madu madu mereka ke eropah, USA dan lain lain. Selain Malaysia mereka juga gunakan Indonesia dan Vietnam"
"Sebenarnya bukan hanya madu Yaman, malah madu seluruh dunia. China telah menguasai hampir lebih 70 pasaran madu dunia. Kononnya madu dari hutan arizona, Turkistan, Pakistan dll, semua itu bohong, semua itu madu dari China."
"Madu madu palsu dari China ini dibuat oleh pakar kimia, pakar permakanan, sehingga ingrediennya( kandungan ramuannya) menyerupai madu asli bahkan khasiatnya pun menyerupai madu asli, padahal semua bahan kita dan bahan bahan haram.
Jadi madu yg kononnya dari hutan Arizona, Karzahkstan, dll semua itu hanya tipu muslihat."
"Sebenarnya lebih 90% madu yaman adalah madu palsu dan madu ternak yg di import dari China. Yaman adalah pengimport terbesar madu madu dari China. Yg betul betul madu Yaman hanya dlm 10 % saja. Itupun madu ternak yg diberi makanan buatan, bukan makan dari nektar bunga (madu jenis ini tak ada kualiti, juga tak mampu menjadi ubat, utk suplimen bolehlah).
Madu sidir yg sebenar hampir tak ada. Kalau ada sikit sangat, tu yg dibuat video, dibuat kajian. Hasil kajian itulah yg dimanipulasi oleh kedai kedai madu di Yaman kononnya madu mereka bagus, juga muat naik di di youtube kononnya semua madu Yaman adalah asli, macam dalam youtube itu. Kasihan sungguh nasib umat Islam."
"Tahukah tuan tuan, madu madu dari China ini.
dicampur dengan arak dan pelbagai bahan kimia supaya dapat kesan macam madu asli. Inilah yg dijual oleh ustaz ustaz kita di mesjid, di surau surau, madrasah. Kasihan... jadinya ustz kita, hafiz hafiz kita, pelajar madrasah kita, orang orang alim kita, karkun karkun kita, habis semua minum arak. Kedai kedai di markas Sri Petaling hampir semua jual madu campur arak. Mungkin yg minum tak berdosa, sebab mereka tak tahu. Tapi mereka ( ust, hafiz dan org orang alim dll) kita sudah tak lagi makbul, sebab mereka makan makanan haram (ingat kisah Hajaz bin Yusuf). Pada hal kita dan seluruh umat ini sangat berharap pd doa org orang alim, hafiz, ulama dan org orang soleh."
"Saya rasa nak menangis tengok hal ini. Itu yg menyebabkan saya kuatkan juga hati menjelaskan hal ini, walaupun saya akan dihujat, dimarah dll."
"Saya hanya beritahu keadaan sebenar, sekurang kurangnya saya lepas dari tanggungjawab di akhirat. Itu saja. Kalau tuan tak percaya dgn apa yg saya katakan tak masalah, tapi diakhirat saya dah lepas tangan sebab saya dah sampaikan. Saya juga benarkan tuan membuat dakwaan bahawa saya merosakan perniagaan tuan."
"Kita bukan kondem perniagaan org, kita kondem madu palsu yg bercampur pelbagsi bahan haram dan bahan kimia. Pengeluar madu palsu dan madu dari Cina ini skrg sedabg menipu umat Islam, mempergunakan ust ust dan org orabg ali. sebagai pengedar. Menyelamatkan jutaan umat Islam daripda kena kena tipu dan minum madu bercampur arak dll, lebih penting dari menyelamatkan perniagaan beberapa orang."
Cdt ~
-Cetusan rasa oleh Dr Bazrul
Disusun semula oleh Haji Arba'ei Othman
(Sumber : FB Page Madu Ana & Encik Saudagar Madu )

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...