Sunday, November 28, 2021

SELAWATLAH SETIAP HARI JUMAAT, ALLAH AMPUNKAN DOSA 80 TAHUN

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun. Telah ditanya; Wahai Rasulullah s.a.w, Bagaimanakah selawat itu?

Baginda menjawab “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”) [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)

Selawat pada hari Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa. Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang menyatakan:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas sembahyang Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.

Allahumma Solli ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sallim Tasleeyma.[Al-Jami Al-Saghir; Allamah Sakhaawi RA dalam Al-Qawl al-Badee’; Imaam Daraqutni RA and Al Muassah al-Rayyan]

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekelian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (Riwayat Al Baihaqi)

Beruntungnya mereka yang memperbanyak selawat ke atas nabi SAW kerana selawatnya itu bukan hanya dibalas oleh Allah SWT malah selawatnya juga sampai kepada rasulullah saw dan dibalas pula oleh Rasulullah saw. inilah satu amalan yang mana akan dibalas oleh allah dan rasul saw. jadi perbanyyakan lah selawat ke atas nabi terutama pada hari jumaat yang mulia ini..

Saturday, November 27, 2021

MACAM MANA NAK TAHU DALAM RUMAH ADA "GANGGUAN'

Ustaz Tunjuk Caranya;

Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam-Mujahidin mendapat pertanyaan daripada ramai orang. Tentang cara untuk mengetahui sama ada rumahnya ada ‘gangguan’ atau sebaliknya.

Dan ini yang ustaz terangkan dengan selengkapnya. Boleh hadamkan.

Pernah Pagar Rumah Dengan Garam Dan Lada Hitam

Ramai tanya saya balik,

Ustaz bagaimana nak tahu jika dalam rumah kita ada gangguan ya? Saya pernah buat pagar rumah dengan garam dan lada hitam ada cara lain lagi nak pagar rumah macam mana?

“Ok bab gangguan dalam rumah ini sebenarnya banyak orang yang mengalaminya. Cuma ramai yang tak perasan je di dalam rumah mereka mengalami gangguan. Di bawah saya share kan tanda-tanda di dalam rumah kita ada gangguan :

· Kerap ternampak seperti bayangan hitam berdiri, kerap ternampak bayanganhitam atau putih melintas laju, kerap ternampak seolah anak kecil berlari.


·  Kerap terdengar seperti suara memanggil nama kita. Kebiasaannya suara yang kita kenali.


·  Kerap terdengar bunyi guli di atas rumah, bunyi tarik kerusi meja atas rumah, bunyi lesung batu. Terutama rumah flat, kondo, apartment. Bunyi ketuk pintu, bunyi pasir atau batu dibaling atas bumbung rumah.


·   Masuk rumah jadi sakit badan, sakit kepala, sakit belakang, sesak nafas bila keluar rumah jadi ok. Masuk rumah sakit balik.


·   Kerap berbahang panas dalam rumah, pasang Air-cond malam rasa panas. Bila siang tengahari jadi rasa sejuk menggigil tak tahan pula dengan sejuk.


·   Di dalam rumah kerap panas bergaduh perkara kecil jadi besar sekeluarga. Ada sahaja tak kena. Anak jadi tak dengar cakap melawan apa kita cakap. Suami isteri jadi serba tak kena, ada je masalah.


·  Masak nasi dan lauk cepat basi. Baru masak pagi tengahari dah basi. Kadang-kadang tak sampai tengahari dah basi.


·  Kerap terbau bau busuk dalam rumah seperti bau sampah sedangkan rumahdah bersih sapu, kerap ada ulat di dalam rumah seperti ulat sampah. Tak tahu keluar dari mana punca. Kadangkala bau kemenyan, colok, bau setanggi dan bau wangi.


Tiga Cara Pagar Rumah Dari Gangguan


Di atas adalah tanda-tanda gangguan di dalam rumah yang kerap dikongsi oleh pesakit pada saya. Sebelum ini saya ada ajar pagar rumah melalui garam dan lada hitam kali ini saya ajar ada tiga cara mudah untuk elakkan gangguan di dalam rumah kita oleh makhluk halus.

Cara pertama:

Masuk je ke dalam rumah atau ke mana sahaja yang kita pergi. Nak masuk jangan lupa memberi salam “Assalamualaikum” ada orang ke tak mesti kena bagi salam. Selesai bagi salam baca Surah Al-Ikhlas (3x) kemudian masuk dalam rumah di mulakan dengan kaki kanan.

InshaAllah jika buat dengan yakin, jika ada makhluk halus yang ada ikut kita dari luar tak akan dapat ikut kita masuk di dalam rumah sekali. Jika kita amalkan cara begitu. Paling mudah la tu.

Nabi SAW bersabda: “Jika seseorang memasuki rumahnya lantas ia menyebut nama Allah saat memasukinya (dengan memberi salam) Maka syaitan memberi tahu pada teman-temannya malam ini kalian semua tiada tempat untuk bermalam.

Ketika seseorang memasuki rumah tanpa menyebut nama Allah, syaitan pun mengatakan (pada teman-temannya), “Saat ini kalian mendapat kan tempat untuk bermalam”,

Cara kedua:

Jika kita nak tinggalkan rumah. Sebagai contoh kita nak keluar rumah. Bagus juga dibuat selalu sebenarnya. Caranya letakkan tapak tangan kita di pintu utama rumah kita seperti di dalam gambar kemudian baca :

Al Fatihah – 1x
Al ikhlas – 3x
Selawat – 3x dan sambung ayat di bawah
Baca Ayat 9 dari Surah Yasiin – 1x
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون
Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa“
min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun

Maksud ayat:

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

Buatlah dengan penuh yakin. InshaAllah rumah kita akan terhindar dari segala bahaya manusia dan gangguan makhluk halus. Sebagai contoh dielakkan dari pencuri hendak memasuki rumah kediaman kita dan dielakkan dari gangguan makhluk halus.

Cara ketiga yang terakhir sekali:

Amalkan solat berjemaah di dalam rumah bersama sekeluarga. Kerapkan mengaji Al-Quran, solat tahajjud bersama-sama sekeluarga. Cara begini lagi bagus untuk elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus. Sentiasa hidupkan suasana di dalam rumah dengan ayat suci Al-Quran. InshaaAllah jin, iblis tidak akan mudah memasuki rumah kita.

Bila makan di dalam rumah bersama-sama, jangan lupa baca doa makan. Jika terlupa baca sekali pun jangan lupa baca bismillah ketika hendak makan..

“Nabi SAW Bersabda:
Di saat ia makan (dengan membaca doa makan), maka syaitan pun berkata (pada teman-temannya): “Kalian semua tidak ada bahagian makan”

Jadi sebaiknya jangan lupa doa makan ketika hendak makan. Itu adalah rezeki kita semua. Rezeki datang dari Allah. Lepas makan pastikan tudung tutup makanan terutama sebelum tidur. Takut ada lalat hinggap pada makanan akan jadi kotor. Bila kotor, makanan yang terdedah makhluk halus amat suka.

Bersihkan sinki sebelum tidur

Sebelum tidur pastikan jangan lah berlonggok pinggan dalam sinki penuh dengan sisa makan lagi tak di buang akan nampak kotor dan bau yang busuk. Makhluk halus memang suka benda yang kotor dan busuk. Jika ada sampah ikat sebaiknya agar tidak berbau busuk dan ulat.

Masuk, keluar tandas baca doa

Bila masuk tandas jangan lupa baca doa
Masuk dan keluar tandas. Bila dah keluar tandas pastikan pintu tandas sentiasa tutup jangan di buka.

Doa Hendak Masuk Tandas dan Doa Hendak Keluar Tandas

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Doa Hendak Masuk Tandas

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

 Allahumma inni a’udzu bika minal khubutshi wal khabaa’its.
Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

 Doa hendak keluar tandas

غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى

Ghufraanaka Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii.
“Aku memohon ampun daripada Engkau Ya Allah,Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan menyihatkanku”

Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau bibit penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas. Di dalam tandas bila lepas di gunakan pastikan di cuci dengan bersih sebelum keluar meninggalkan tandas.Pastikan memakai selipar bila memasuki ke dalam tandas.

Jangan keluar senja

Anak-anak juga tidak di galakkan bermain di luar rumah terutama waktu senja maghrib. Ketika ini banyak makhluk halus yang berkeliaran di luar rumah terutama ketika masuk waktu azan berkumandang. Pastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah ketika itu.

Angkat baju di ampaian sebelum malam

Jika sidai baju juga jangan sidai baju sampai di tengah maghrib dan malam baru nak angkat walaupun ada bumbung di luar rumah. Tak elok. Jika ada baju pastikan angkat baju di ampaian sebelum masuk senja.

Moga info ini bermanfaat pada mereka semua yang memerlukan. Saya hanya share sahaja mana yang saya tahu.

Semua sebagai Ikhtiar sahaja. Jika kita buat dengan yakin penuh dengan istiqomah InshaAllah pasti di permudahkan segalanya dari Allah.

Moga diri kita dan family kita di elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus dan dielakkan dari sebarang musibah Aamiin3x Ya Rabbal Allamin.

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin

Friday, November 26, 2021

NASIHAT KEPADA BAKAL JENAZAH

Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.

Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......
.
Inilah di antara tulisan
terbaik
Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
.
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
.
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
.
Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....
.
Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.
.
Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.
.
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in sha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"
.
AllahuRabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!
Kredit: tazkirah ustaz ebit lew

Wednesday, November 24, 2021

TIME TO DEACTIVATE MY SOSIAL MEDIA LIFE - BETTER LATE THAN NEVER

MUSHAF AL QURAN CETAKAN DARI NEGARA SYRIA
I LIKE THIS MUSHAF
TAFSIR AL-AZHAR SUSUNAN ULAMA' NUSANTARA BUYA HAMKA
ATAS - CETAKAN LAMA (AKU BELI DI TAHUN 1986 KETIKA  TAHUN PERTAMA 
PELATIH INSPEKTOR KESIHATAN DI INSTITUT KESIHATAN UMUM,JALAN BANGSAR,
  KUALA LUMPUR) 
BAWAH - CETAKAN TERBARU (AKU BELI DI TAHUN 2021 KETIKA TELAH PUN MENGHAMPIRI TARIKH BERSARA SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U32 (KUP) DI PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG, PENDANG,KEDAH)

Friday, November 19, 2021

START TODAY ..... NOW!

Pepatah arab pernah mengatakan bahawa:

الْعِلْمُ بِلَا عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلَا ثَمَر
Maksudnya: “Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah.”

Maksudnya, sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetap tidak dapat memberikan manfaat kepada sesiapa pun sekiranya pokok tersebut tidak menghasilkan dan mengeluarkan buah. Begitulah juga perumpamaannya dengan ilmu. Sehebat mana atau setinggi mana ilmu seseorang itu, tetapi kalau tidak diamalkan atau perkongsikan samalah seperti pohon yang tidak berbuah.

Sunday, November 14, 2021

MULIANYA PENAMAT HIDUP MU - KES RUJUKAN UTK AKU YG SOMBONG

Mulianya Kematian Mu - Meninggaal Dunia Ketika Sedang Bertadarus Di Masjid, SubhanAllah..


Seorang warga emas, Mat Jusoh Harun meningg4l dunia ketika bertadarus di sebuah masjid berhampiran rumahnya di Kampung Pauh Panji, beberapa waktu lalu.

Kem4tian bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat itu berada dalam khusnul khatimah kerana sedang membaca ayat suci al-Quran sebelum tersembam.

Malah arwah yang berusia 65 tahun itu juga masih mampu membaca beberapa potong ayat al-Quran dan mengucap dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali sebelum menghembuskan nafas terakhir jam 10 malam.

Isteri arwah Wan Hasnah Wan Mohd Nor berkata, dia dimaklumkan bahawa arwah ketika itu masih mempunyai nadi tetapi terlalu lemah sementara menunggu ketibaan ambulans.

“Ketika itu saya berada di rumah dan dihubungi rakan suami meminta datang ke masjid kerana suami tidak sedarkan diri. “Saya meminta supaya mereka membawa suami ke hospital, namun menyuruh saya datang sendiri ke masjid melihat keadaan suami,” katanya.

Setelah tiba di masjid, dia melihat kedua belah kaki suaminya sudah diikat dan pihak hospital bertanya sekiranya ingin membuat bantuan pernafasan kecemasan (CPR) yang mungkin menyebabkan tulang mangsa patah. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut tidak diizinkan Wan Hasnah malah reda jika aj4l suaminya dijemput Ilahi setakat itu.

“Arwah seolah sudah tahu akan dijemput (Ilahi) kerana saya dimaklumkan dia meminta untuk membaca (al-Quran) dahulu sedangkan gilirannya belum tiba lagi.

Suami juga tidak mengalami sebarang peny4kit tapi pernah mengadu rasa s4kit di bahagian jantung tetapi tidak mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Sumber : https://www.facebook.com/Bahaiq

NOTA DIRI

Aku juga punya impian yang sama.Ingin husnul khatimah di rumah Allah (di Masjid an Nabawi,Masjidil Haram atau mana-mana masjid ketika sedang solat @ membaca Al Quran.Tatapi mampukan aku beroleh semua itu jika aku sendiri tidak istiqomah beribadah di masjid?

Aku mesti berubah - mengubah jalur hidup di sisa-sisa usia yang masih ada agar selari dengan impian.Penamat kehidupan itu penentu corak hidup di alam akhirat.Jika aku gagal menjadi ahli masjid di usia 60an ini ertinya aku telah di istidraj oleh Allah SWT - Naudzu billah hi min zalik! 

                                     

CABARAN BUAT AKU


Amalkan Petua Ini Agar Rajin Solat Malam.

Shalat malam adalah shalat sunnah yang dilakukan pada malam hari. Shalat malam dianjurkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Bahkan Nabi menganjurkan pada dirinya sendiri untuk istiqomah dalam menjalankan shalat malam setiap hari. Karena mengerjakan shalat malam merupakan ibadah sunah yang paling utama setelah shalat fardhu.

Semua umat muslim yang telah memenuhi shalat fardhunya pasti akan berlomba-lomba untuk menjalankan shalat malam.

Namun tak semudah itu umat muslim menjalankan shalat malam, banyak godaan-godaan syetan yang dapat mengurungkan niat agar tidak melaksanakan shalat malam.

Sedangkan kita sebagai umat muslim bagaimana cara agar kita dapat rajin menjalankan shalat sunah malam?

1. Niat yang Baik dan Ikhlas
Niat yang baik akan memantapkan hatinya untuk menjalankan shalat malam sebagai ibadah shalat sunah yang diajurkan. Niat yang baik itu niat yang seperti apa? niatkan pada diri sendiri untuk mencari keridhoan Allah SWT dalam menjalankan setiap ibadah.

Allah memang menciptakan manusia untuk menyembah pada-Nya, tidak salah jika umatnya memohon serta meminta apa yang diinginkan mereka sedangkan Allah yang memutuskan akan dikabulkan atau tidak doa umatnya sebab Allah Maha mengetahui pantas dan tidak pantas untuk umatnya.

Pasrahkan semua keputusan pada Allah, niscaya akan mendapat keridhoan-Nya. Jadi niatkan pada diri sendiri bahwa menjalankan ibadah tidak semata-mata untuk meminta keinginan tapi mengaharap ridhonya sehingga dengan niat yang ikhlas sholat sunnah malam akan menjadi pekerjaan yang ringan untuk dikerjakan.

2. Hindari Perbuatan Maksiat
Perbuatan maksiat dapat menjauhkan kita dari Allah SWT, jika kita melanggar larangan Allah SWT niscaya kita sedikit demi sedikit akan dikeraskan hatinya.

Secara tidak sadar kita akan menolak hal-hal yang diperintahkan untuk umat muslim sehingga tidak hanya sunnah yang akan ditinggalkan melainkan sholat wajibpun akan ditinggalkan. Jadi hindarilah perbuatan maksiat agar kita tidak jauh dari Allah SWT bahkan akan lebih dekat dengan ditambahnya shalat sunah malam.

3. Berprasangka Baik
Hindari penyakit hati dengan berprasangka baik pada orang lain. Kenapa demikian? Penyakit hati datangnya dari padangan kemudian kepikiran lalu kehati.

Sama seperti perbuatan maksiat, hati seseorang akan menjadi keras sehingga tidak mau menerima hal-hal baik dari orang lain jika kita mempunyai penyakit hati maka keraslah hati kita. Akhirnya kita tidak mau menjalankan apa yang diperintahkan Allah SWT karena kita merasa yang paling benar.

So, jangan berpikiran buruk pada orang lain sebab orang buruk mungkin saja kita lebih buruk dari orang tersebut dengan kita merasa lebih buruk orang yang seharusnya lakukan adalah memperbaiki dan lebih mendekatkan diri pada Allah dengan cara mennjalankan shalat sunah.

4. Takut Pada Allah SWT
Orang yang takut pada Allah SWT maka akan menjalankan semua perintah Allah SWT dan tak akan pernah melewatkannya. Mereka akan mengusahakan agar mereka bisa menjalankan perintah baik wajib maupun sunah.

5. Mengetahui Keutamaan Sholat Sunnah Malam Hari
Tak kenal maka tak sayang, pribahasa tersebut bisa diterapkan agar kita dapat rajin menjalankan sholat sunnah malam.

Orang yang tak mengenal keutamaan sholat sunnah malam maka orang tersebut tidak akan menjalankannya, maka ketahuilah keutamaan sholat sunnah malam sehingga kalian akan jatuh hati pada shalat sunah sehingga ingin menjalankannya.

6. Tidur Lebih Awal
Tidur lebih awal akan membantu kalian dalam menjalankan shalat sunnah malam. Mengawali tidur akan lebih baik untuk kesehatan, sehingga ketika bangun tidur badan akan lebih segar dan membantu niat kita untuk menjalankan shalat sunah malam.

Sumber: ummi-online.com

DO IT NOW - BERTAUBATLAH WAHAI ZUL SALLEH

Tuesday, November 9, 2021

SURAH YAASIN - PENGERTIAN SETIAP AYAT:

 Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 79 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan..
Kredit: Noami Mohd Nor

Sunday, November 7, 2021

JOM BIASAKAN YANG BIASA AGAR MENJADI KEBIASAAN

JOM ZIARAH KUBUR IBU BAPA KITA

Apa yang terjadi kepada orang tua ketika Anda berziarah ke makam mereka atau ketika anda mendo'akn mereka..?
Syeikh Muhammad Al syanqithi, berkata:
" Semoga Allah mengampuni keluarga kita yang telah meninggal dunia dan kaum muslimin yang telah meninggal dunia. Aku tidak mampu menahan tangis betapa perlunya Ahli kubur kepada kita. Aku terkesan dan aku ingin semuanya mengetahui ini "
Ustman bin sawad, ulama salaf, bercerita tentang ibunya. Seorang wanita yang Ahli ibadah. Ketika ibunya akan meninggal dunia ia mengangkat pandangannya ke langit dan berkata: " wahai tabunganku, wahai simpananku, wahai Tuhan yang selalu menjadi sandaran ku alam hidup ku dan setelah kematian ku, jangan Engkau abaikan diriku ketika mati, jangan biarkan aku kesepian dalam kuburku." Kemudian ia meninggal dunia
Aku suka berziarah ke makam nya setiap hari jum'ah. Aku berdo'a untuknya dan aku memohon ampun baginya dan semua Ahli kubur di situ.
Pada suatu malam aku bermimpi berjumpa dengan ibuku. Aku berkata : " wahai ibuku, bagaimana keadaanmu..? "
Ia menjawab : " wahai anakku, sesungguhnya kematian itu adalah kesusahan yang dahsyat. Aku Alhamdulillah ada di alam barzakh yang terpuji. Ranjangnya harum, dan bantalnya terbuat dari tenunan kain sutera."
Aku berkata : " apakah ibu ada keperluan kepadaku..?"
Ia menjawab : " iya, janganlah kamu tinggalkn ziaroh yang kamu lakukan kepada kami. Sungguh aku sangat senang kedatangan mu pada hari jum'ah ketika berangkat dari keluargamu. Orang-orang akan berkata kepadaku : " ini anakmu sudah datang," dan aku merasa senang, dan orang-orang mati yang ada di sekitarku juga senang."
Basysyar bin gholib, ulama salaf juga berkata :" aku bermimpi Robiah Al-adawiyah dalam tidurku. Aku memang selalu mendo'akannya. Dalam mimpi itu ia berkata kepadaku :" Wahai basysyar , hadiah-hadiahmu selalu Sampai kepada kami di atas piring dari cahaya, di tutupi dengan sapu tangan sutera. "
Aku berkata:" bagaimana hal itu bisa terjadi..?"
Ia menjawab: " begitulah do'a orang-orang yang masih hidup, dan do'a itu di kabulkan, maka do'a itu di letakan di atas piring dari cahaya dan ditutupi dengan sapu tangan sutera, lalu hadiah itu di berikan kepada orang mati yang di do'akan itu. Lalu di katakan kepadanya: " Terimalah ini hadiah si Fulan kepadamu."
Seberapa sering kita berZiaroh ke makam orang tua, keluarga, dan guru kita yang telah meninggal dunia..?
Seberapa banyak kita mendoakan mereka dalam waktu-waktu kita beribadah..?
Sesungguhnya ziaroh dan do'a kita sangatlah penting bagi mereka.
Allahu ta'ala a'lam bishowab.

 

SOLAT DHUHA - ZAKAT YANG WAJIB DILUNASKAN


 بسم الله الرحمن الرحيم

"Barangsiapa mengerjakan solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditetapkan termasuk orang-orang yang lengah.
Barangsiapa solat Dhuha empat rakaat, maka dia tetapkan termasuk orang-orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa mengerjakan enam rakaat maka akan diberikan kecukupan pada hari itu.
Barangsiapa mengerjakan delapan rakaat, maka Allah menetapkannya termasuk orang-orang yang tunduk dan patuh.
Dan barangsiapa mengerjakan solat dua belas rakaat, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di Surga.
Dan tidaklah satu hari dan tidak juga satu malam, melainkan Allah memiliki kurnia yang dan anugerahkan kepada hamba-hamba-Nya sebagai sedekah. Dan tidaklah Allah memberikan kurnia kepada seseorang yang lebih baik daripada mengilhaminya untuk selalu ingat kepada-Nya”
[HR. Ath-Thabrani]

Sumber : @dakwahreels.id

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...