Sunday, October 31, 2021

AISHA HELENA BINTI MUHAMMAD SHAFIQ ASHRAF BIN ZULKIPELI

10.41 pm 19 / 10/2020 - Lahirlah ke dunia seorang puteri
(2.38 kg) 
merubah status diri ku menjadi seorang DATUK
Photo taken 31 / 10 / 2021

Saturday, October 30, 2021

SELAWAT TAHRIM

BISMILLAH...

*Selawat Tarhim*

الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَيْكَ ۞ يَانَاصِرَ اْلهُدَى ۞ يَا خَيْرَ خَلْقِ اللهْ • الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَيْكَ ۞ يَانَاصِرَ الْحَقِّ يَارَسُوْلَ اللهْ • الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَيْكَ ۞ يَامَنْ اَسْرَى بِكَ مُهَيْمِنُ لَيْلًا نِلْتَ ۞ مَا نِلْتَ وَالأَنَامُ نِيَامْ وَتَقَدَّمْتَ لِلصَّلَاةِ فَصَلَّ كُلُّ مَنْ فِى السَّمَاءِ وَاَنْتَ الْإِمَامْ وَاِلَى الْمُنْتَهَى رُفِعْتَ كَرِيْمًا وَ سَمِعْتَ نِدَاءً عَلَيْكَ السَّلَامْ ۞ يَا كَرِمَ الْأَخْلَاقْ ۞ يَارَسُوْلَ اللهْ ۞ صَلىَ اللهُ عَلَيْكَ ۞ وَ عَلىَ عَلِكَ وَ اَصْحَابِكَ أجْمَعِيْنَ۞

Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu duhai pemimpin para pejuang,
Ya Rasulullah Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu duhai penuntun petunjuk Ilahi, duhai makhluk yang terbaik.
Selawat dan salam semoga tercurahkan atasmu Duhai penolong kebenaran, Ya Rasulullah.. Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu Wahai Yang Memperjalankanmu di malam hari...
Dialah Yang Maha Melindungi Engkau... memperoleh apa yang kau peroleh sementara semua manusia tidur..
Semua penghuni langit melakukan solat di belakangmu dan engkau menjadi imam Engkau di angkat ke Sidratul Muntaha kerana kemulianmu dan engkau mendengar suara ucapan salam atasmu Duhai yang paling mulia akhlaknya, Ya Rasulullah...
Semoga selawat selalu tercurahkan padamu, pada keluargamu dan sahabatmu.
Aamiin

Friday, October 29, 2021

SELAWAT ALIYUL QADRI

بسم الله الرحمن الرحيم

Selawat yang sangat hebat.

Jom sama-sama amalkan Selawat Aliyul Qadri. Alhamdulillah, moga bermanfaat. 🤍

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad,

An Nabiyyil ummi, Al Habib, Al 'aalilqodri, Al 'aziimiljaahi, Wa 'ala aalihi wasohbihi wasallim.

Setiap malam baca 10x.

Malam jumaat baca 100x.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

Jazallahu 'anna Sayyidana Muhammadan shalallahu 'alaihi wa sallam ma Huwa ahluh.

Jazallahu 'anna Sayyidana Muhammadan shalallahu 'alaihi wa sallam ma Huwa ahluh.

Jazallahu 'anna Sayyidana Muhammadan shalallahu 'alaihi wa sallam ma Huwa ahluh.

(Semoga Allah membalas bagi pihak kami akan segala kebajikan yang dilakukan oleh Junjungan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam dengan balasan yang selayaknya buat baginda).

Maksud Selawat ⤵

Dari Segi Bahasa

Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات, diambil dari perkataan solat (الصلاة) yang bererti doa atau pujian.

Oleh itu, selawat bermakna doa, rahmat daripada Allah, memberi berkat dan ibadah.

Dari Segi Syarak

Mengakui kerasulan Baginda SAW lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW

Berselawat itu berkait rapat dengan konsep iman dan Islam sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.

– Surah al-Ahzab ayat 56

Kesimpulannya, berselawat itu ada perbezaan takrifannya. Jika daripada Allah (terhadap hambaNya yang beriman) bererti memberi rahmat.

Jika daripada malaikat bererti meminta keampunan Allah dan jika daripada orang beriman bererti doa kesejahteraan seperti:

Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW.

DALIL BOLEHNYA MENGARANG SELAWAT ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2896552620598996&id=100007328595806

Janganlah kalian meremehkan selawat ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2701528103434783&id=100007328595806

Kelebihan zikir لا إله إلا الله محمد رسول الله

https://www.facebook.com/satrahofficial/videos/2720016201585973/

Zikir untuk mendapatkan redha Allah SWT ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2888466734740918&id=100007328595806

Doa Memohon Kenikmatan Memandang Wajah Allah SWT ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2876537802600478&id=100007328595806

Doa Memohon Cinta Allah ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2872273973026861&id=100007328595806

Doa Memohon Pertolongan Allah ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2871568333097425&id=100007328595806

Surah Al Ikhlas 10 kali ⤵

https://www.facebook.com/satrahofficial/videos/2720641371523456/

Selawat Ibrahimiyyah ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4459450537461603&id=100001901027443

Selawat 100,000 ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2876436639277261&id=100007328595806

Selawat perkuat hubungan roh kita dengan roh Nabi Muhammad SAW ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2878529465734645&id=100007328595806

Doa agar dapat bermimpi dgn Rasulullah SAW.  ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2871950933059165&id=100007328595806

Al Fatihah Untuk Diri Sendiri ⤵

https://www.facebook.com/100007328595806/videos/2723228891264704/

Sayyidul Istighfar ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2719866444934282&id=100007328595806

Doa Berlindung dari fitnah dajjal ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2731151390472454&id=100007328595806

Doa selepas bacaan tahiyyat akhir sebelum bagi salam ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2879332615654330&id=100007328595806

Doa Cepat Mustajab ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2729059877348272&id=100007328595806

Doa Nabi SAW Untuk Rawat Penyakit ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2887962561458002&id=100007328595806

Doa Berkesempatan Bertaubat Sebelum Mati ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2724540807800179&id=100007328595806

Doa Sakaratul Maut ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2894636384123953&id=100007328595806

Kita berasal dari Allah dan kembali kepada Allah ⤵

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2898563063731285&id=100007328595806

Guru bilang,

Di antara amal yang paling penting ialah memperbanyakkan zikrullah dan selawat serta salam ke atas Nabi SAW. Apabila dua amalan tersebut telah menjadi darah dan daging, maka pertolongan Allah akan datang di luar dugaan akal manusia semuanya boleh terjadi. Yang demikian itu mudah bagi Allah, apabila Allah telah meredhainya. Trust Allah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَايِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُمْ، وَأَكْرِمْهُمْ بِرِضْوَانِكَ الْعَظِيْمِ، فِي مَقْعَد الصِّدْقِ عِنْدَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allahummaghfir li masyayikhina wa liman ‘allamana warhamhum wa akrimhum bi ridlwanikal ‘adzim fi maq’adis shidqi ‘indaka ya arhamar rohimin

“Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara penyayang.”

Alhamdulillah. Terima Kasih Guru-Guru Kami. 😘

Wallahua'lam 🤍

Sara Aiena 20 Februari  2021

Wednesday, October 27, 2021

Amalan Akhir Zaman daripada Wali ALLAH Paksu Mid

 

1. Seeloknya makan hanya nasi, telur dan sayur sahaja.
2. Tidak makan di luar.
3. Tidak makan makanan proses seperti bihun, kueteow dan mee.
4. Berpuasa setiap Isnin dan Khamis.
5. Pakaian selalu bersih dan suci dari najis.
7. Solat tidak boleh tertinggal satu waktu pun, maknanya tiada istilah qada.
8. Kurangkan pergaulan dengan masyarakat sekeliling.
9. Sentiasa dalam berwuduk. Selepas batal ambil semula dan solat sunat 2 rakaat.
10. Lazimkan membaca Quran setiap hari. Jangan keluar rumah sebelum menatap wajah & membaca Quran terlebih dahulu.
11. Sentiasa bersolawat
والله أعلمُ بالـصـواب

JANGAN PUTUS ASA UNTUK BERTAUBAT

Jangan rasa besarnya dosa kita mengalahkan besarnya Rahmat Allah..

Dalam Hidup Kita Usaha Sunguh-Sungguh Amal 5 Doa Ini Setiap Hari.Inilah Pesan Allahyarham Tuan Guru Ismail Kamus.

 Pesan Allahyarham Tuan Guru Ismail Kamus, Dalam Hidup Kita Usaha Sunguh-Sungguh Amal 5 Doa Ini Setiap Hari.

Saya teringat di beberapa kuliah Allahyarham Tuan Guru Ismail Kamus, beliau berpesan tentang doa yang kita kena usahakan minta pada Allah swt paling kurang sehari sekali atau paling baik setiap kali lepas solat fardhu.

Saya kongsikan pada kalian 5 doa yang paling banyak diulang oleh Tuan Guru kepada kami, insyaAllah.

Doa pertama,

“Ya Allah, kurniakan pada aku / kami taufik & hidayah sepanjang masa aku hidup & jangan tarik nikmat ini hingga aku mati”. Apa guna hidup kita tanpa taufik & hidayah? Itu adalah kerugian paling nyata.

Doa kedua,

“Ya Allah, jadikan aku ini mencintaiMu & cinta kepada orang yang cinta kepadaMu”. Orang paling cintakan Allah adalah Rasulullah saw, disusuli para sahabat & para ulama. Pasti seronok dapat bercinta dengan Rasulullah saw kan?

Doa ketiga,

“Ya Allah, gerakkan lidahku, hatiku untuk meminta ampun padaMu pada saat Kau bukakan pintu langit untuk terima permohonan ampun & maaf hambaMu”. Salah satu waktu Allah swt buka pintu langit adalah waktu sepertiga malam. Mudah-mudahan Allah swt bangunkan kita untuk tahajjud setiap malam.

Doa keempat,

“Ya Allah, matikan aku dengan husnul khatimah & Engkau redha padaku & aku redha padaMu”. Tiada siapa mampu menentukan kematiannya. Kita mohon saja kematian kita itu baik. Tiada yang lebih baik dari mati baik kerana setelah itu tiada lagi mati untuk kita.

Doa kelima,

“Ya Allah, makbulkan doaku pada bila-bila masa aku mohon padaMu”. Siapa tak mahu rasa doanya diterima & makbul bila diminta. Dan doa makbul itu ada masanya dibuka Allah swt. Mudah-mudahan dengan doa ini, Allah swt gerakkan kita untuk berdoa setiap kali pada waktu Dia buka pintu penerimaan doa hambaNya.

Mudah-mudahan 5 doa ini Allah swt gerakkan kita untuk istiqomah berdoa sekurangnya setiap kali selepas solat fardhu.

Moga ia menjadi manfaat buat kita semua di dalam berhubungan dengan Allah swt, sehingga cinta yang kuat timbul di dalam hati kita kepada Allah swt & Rasulullah saw.

Amin Ya Robbal a’lamin..

Kredit : M Firdaus Baharuddin

Share ilmu ini utk peringatan semua.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Kongsiinfo tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

SELAWAT DAN SALAM KEPADA BAGINDA RASULULLAH SAW


 

Tuesday, October 26, 2021

Terjaga waktu malam, cepat-cepatlah solat tahajud. Ini kelebihannya yang perlu kita tahu

 KADANG-KADANG kita terjaga daripada tidur pada waktu malam. Biarpun masa tu tak adalah rasa nak terkucil pun atau haus, tapi pelik tiba-tiba saja terjaga.

Rasanya ramai yang pernah mengalami situasi ini, bukan? Kalau kita alami lagi perkara ini, apa kata kita ambil wuduk dan tunaikan solat sunat tahajud.

Bukan selalu kita tiba-tiba terjaga pun melainkan kalau orang yang dah biasa bangun malam untuk bertahajud dan lakukan amalan sunat yang lain.

Tidak salah pun kita ambil sedikit masa kita tu untuk tunaikan solat sunat tahajud ini. Inilah satu-satunya solat sunat yang boleh dilakukan apabila terjaga daripada tidur pada waktu malam, sekalipun kita hanya tidur hanya sebentar.

Waktunya juga panjang iaitu bermula waktu Isyak hinggalah terbit fajar. Namun begitu, sebaik-baik waktu adalah satu pertiga malam yang terakhir iaitu kira-kira jam 3 pagi hingga ke fajar.

Mudah saja sebenarnya yang tunaikan solat sunat ini. Dirikanlahnya sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian atau seberapa yang mampu.

Rugi tau kalau kita tak buat. Ini kerana ada banyak kelebihan dan fadilat solat tahajud yang bukan calang-calang. Antaranya:

1. Mendapatkan pengawasan ALLAH SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan pada wajah.

2. Dikasihi para ahli ibadah dan orang-orang Mukmin.

3. Percakapan individu tersebut mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.

4. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar kelak.

5. Dipermudahkan hijab ke atasnya.

6. Senang melalui titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.

7. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.

8. Jauh daripada kebinasaan.

Subhanallah, begitu besar kelebihan yang bakal diperoleh kepada mereka yang mengerjakan solat tahajud ini.

Jom apa kata kita cuba buat. Mula-mula memang payah dan rasa berat je nak buat. Lama-lama nanti kita mungkin rasa seronok nak solat tahajud ni.

Sunday, October 24, 2021

DUNIA BUKAN MATLAMAT UTAMA

Ada orang, yang begitu seronok dengan kehidupan dunia. Mindanya sibuk berfikir apa lagi cara yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kuasa, untuk jadi ternama, untuk menambah harta atau bahkan untuk merebut pesona wanita sehingga tidak mengambil kira halal haramnya. Dunia telah menjadi tujuan utama. Semua ingin dijadikan miliknya.

Ada juga orang, hidupnya sederhana sahaja. Tidak kaya tak mengapa, tidak terkenal tak mengapa, asalkan bahagia dengan ikut cara agama. Akhirat menjadi keutamaannya. Dia sanggup buat apa saja asalkan Allah redha.
Teringat kepada sepotong kata-kata hikmah oleh Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah;

“DUNIA INI IBARAT BAYANGAN. KALAU KAMU BERUSAHA MENANGKAPNYA, IA AKAN LARI. TETAPI JIKA KAMU MEMBELAKANGINYA, IA TIDAK PUNYA PILIHAN SELAIN MENGIKUTIMU.”

Hakikatnya, dunia ini hanya seolah bayang-bayang. Ia tidak akan mampu untuk dikejar mahupun diraih. Semakin kita ingin menggapai kenikmatan kehidupan dunia, sekuat itulah dia akan pergi meninggalkan. Malah, yang hanya akan kita dapatkan adalah kepenatan.
Namun, ketika kita berusaha mengalihkan fokus kepada matlamat akhirat, maka dengan sendirinya dunia akan mengejar dan mengikuti. Usahalah untuk menyeimbangkan di antara kehidupan dunia dan akhirat agar segala usaha yang dilakukan tidak menjadi perbuatan yang sia-sia di hadapan Allah SWT kelak.
Tidak salah ingin menjadi kaya, namun jadilah orang kaya yang beriman dan bertaqwa. Tidak salah untuk menjadi ternama dan dikenali semua, namun jadilah teladan yang membawa akhlak baik saat pengaruh mula meluas. Tidak salah untuk mendapatkan kuasa, namun jadilah pemimpin yang berusaha menegakkan hukum Islam saat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ كَانَتْ الدُّنْيَا هَمَّهُ فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ وَمَنْ كَانَتْ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ

Maksudnya: "Barangsiapa menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya, dan Allah akan meletakkan kefakiran di hadapan kedua matanya. Tidaklah dia akan mendapatkan dunia kecuali apa yang telah ditetapkan baginya. Dan barangsiapa menjadikan akhirat sebagai tujuan utamanya, maka Allah akan menghimpun semua urusan untuknya dan Allah akan meletakkan rasa cukup di dalam hatinya, serta dia akan diberi dunia sekalipun dunia memaksanya."
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)

Allahuakbar.
Mudah-mudahan akhirat yang kekal abadi menjadi cita-cita utama kita dalam menjalani kehidupan yang sementara.
Mari bersama amalkan doa ini agar kita dijauhkan rasa cinta kepada dunia.

اَللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا

Maksudnya: "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-cita terbesar kami dan puncak dari ilmu kami, dan jangan Engkau jadikan orang-orang yang tidak menyayangi kami berkuasa ke atas kami."

(Petikan doa daripada HR al-Tirmizi)

Saturday, October 23, 2021

TAFSIR SURAH LUQMAN,AYAT 33-34 - PERINGATAN DARI AL KHALIK

 يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لا يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ (٣٣) إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ  (٣٤)

Allah s.w.t. berfirman memperingatkan,

"33. Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kalian"

Bertakwalah kalian kepada Allah Tuhan kalian dengan mengerjakan perintahNya dan menjauhi laranganNya. Takutlah kalian kepadaNya.

"dan takutlah pada hari tidak menolong seorang bapa atas anaknya, dan tidak yang dilahirkan dia penolong atas bapanya sedikit pun."

Takutlah, khuatirlah dan perhatikanlah oleh kalian akan menghadapi hari kebangkitan, iaitu hari Kiamat, hari yang sangat dahsyat. Sesungguhnya hari kiamat adalah hari keputusan peradilan dan kekuasaan yang maha menang, tiada kemurahan padanya dan tiada seorang pun yang dapat berbicara kecuali dengan izin Tuhan Yang Maha Pemurah.

Pada hari itu, orang-orang yang siddiqin (beriman) tidak dapat memberikan syafaat (pertolongan) kepada orang-orang yang zalim, para bapa tidak dapat memberi syafaat kepada anak-anak mereka, dan anak-anak juga tidak dapat memberi syafaat kepada bapa mereka sedikit pun.

Seandainya seorang bapa hendak menebus anaknya dengan dirinya, pastilah permintaan tebusannya itu ditolak. Seandainya seorang anak hendak menebus bapanya dengan dirinya, pastilah permintaan tebusannya itu ditolak juga.

Tiada seseorang pun yang dihukum kerana kesalahan orang lain. Seorang bapa tidak dapat dihukum kerana dosa anaknya, seorang anak juga tidak dapat dihukum kerana dosa orang tuanya, seseorang tidak dapat dihukum kerana dosa yang dilakukan saudaranya dan seorang hamba tidak dapat dihukum kerana dosa majikannya.

Masing-masing orang hanya memerhatikan dirinya sendiri, tiada seorang pun yang bersedih hati kerana kesedihan orang lain, dan tiada seorang pun yang merasa kasihan kepada orang lain. Masing-masing orang hanya kasihan kepada dirinya sendiri.

Setiap orang disibukkan oleh kesusahannya sendiri, menangis kerana kesalahannya sendiri, dan dia hanya memikul dosanya sendiri, dan tidak dibebankan kepada seseorang dosa orang lain, dia hanya menanggung dosanya sendiri.

"Sesungguhnya janji Allah benar,"

Janji Allah pasti benar. Oleh kerana itu, janganlah kalian ragu terhadapnya dan janganlah kalian mengerjakan amal orang yang tidak membenarkan janjiNya.

Manusia berkewajiban memenuhi hak Allah, iaitu diibadahi. Hal ini adalah sesuatu yang perlu kalian ingat, menjadikannya di hadapan mata kalian dan tujuan dalam melanjutkan langkah kalian. Dia berjanji akan memberi balasan kepada kalian. Di antara sekian penghalang yang menghalangi seseorang dari beribadah adalah dunia dan syaitan.

"maka jangan menipu kalian kehidupan dunia"

Janganlah sekali-kali kalian terpedaya oleh kehidupan dunia ini, iaitu perhiasannya, kemewahannya dan berbagai hal yang menggoda di dalamnya sehingga berpaling dari jalan Islam.

Jangan sekali-kali membuat dirimu terlena kerana hidup tenang di dunia hingga melupakan negeri akhirat.

"dan jangan sekali-kali menipu kalian terhadap Allah penipu."

Janganlah kalian sampai terpedaya oleh syaitan dalam menaati Allah. Sesungguhnya syaitan sentiasa menipu manusia, memperdayakan, menjanjikan, membisikkan ke dalam hati dan memberikan angan-angan yang panjang dan tinggi, dan tidak lengah terhadapnya dalam semua waktu. Padahal tiada sesuatu pun dari apa yang dijanjikan syaitan itu terpenuhi.

Allah s.w.t. mengingatkan tentang hari Kiamat agar membantu dan memudahkan kalian dalam mengerjakan ketakwaan. Ini termasuk rahmat Allah kepada hambaNya. Perintah agar kalian bertakwa ini terdapat kebahagiaan dan janji pahala untuk kalian.

Dia juga mengingatkan kalian agar berhati-hati terhadap siksaNya, serta menyedarkan kalian dengan nasihat dan hal-hal yang menakutkan. Maka segala puji bagi Allah Rabbul ‘alamin.

Seorang lelaki Badui bertanya (kepada Nabi s.a.w.), "Sesungguhnya isteriku mengandung, maka ceritakanlah kepadaku apa yang bakal dilahirkannya (lelaki ataukah perempuan). Negeri kami sedang musim kemarau, maka ceritakanlah kepadaku bilakah hujan turun. Dan sesungguhnya engkau telah mengetahui bila aku lahir, maka ceritakanlah kepadaku bilakah aku mati?" Maka Allah s.w.t. menurunkan firmanNya,

"34. Sesungguhnya Allah, di sisiNya ilmu hari kiamat;"

Hanya di sisi Allah pengetahuan tentang bila terjadinya hari Kiamat. Tiada sesiapa pun selain Allah yang mengetahui bila hari kiamat akan terjadi, di tahun berapa, di bulan apa, di malam hari ataukah di siang hari, baik dari kalangan nabi yang diutus, malaikat yang terdekat atau sesiapa saja.

"dan Dia menurunkan hujan,"

Dia sendiri yang menurunkan hujan dan mengetahui bila turunnya. Tiada sesiapa pun selain Allah yang mengetahui bila hujan akan turun, di siang hari atau di malam hari.

Apabila Allah memerintahkan untuk turunnya hujan, barulah para malaikat yang ditugaskan untuk menurunkannya mengetahuinya. Begitu juga orang yang dikehendaki Allah dari kalangan makhlukNya (mengetahuinya juga).

"dan Dia mengetahui apa yang dalam rahim."

Dia mengetahui apa yang ada dalam kandungan. Tiada sesiapa pun selain Allah yang mengetahui apa yang bakal diciptakanNya di dalam rahim, lelaki ataukah perempuan, berkulit merah ataukah berkulit hitam, dan bagaimanakah nasibnya kelak. Dia yang menciptakannya, dan hanya Dia yang mengetahui hal yang terjadi padanya.

Apabila Allah telah memerintahkan agar yang di dalam rahim menjadi lelaki atau perempuan, atau menjadi orang yang celaka atau menjadi orang yang bahagia dan sebagainya, barulah para malaikat yang ditugaskan untuk menjaganya mengetahui hal itu. Begitu juga orang yang dikehendaki oleh Allah dari kalangan makhlukNya.

"Dan tidak mengetahui diri apa apa yang dia kerjakan esok."

Tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan dilakukannya, diusahakannya atau diperolehnya esok di dunianya dan di akhiratnya, adakah kebaikan ataukah keburukan. Namun demikian, manusia diwajibkan berusaha.

Aisyah r.a. mengatakan, "Siapa pun yang berkata kepadamu bahawa dia mengetahui apa yang bakal terjadi esok, sesungguhnya dia telah berdusta."

"Dan tidak mengetahui diri di mana bumi dia akan mati."

Tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati, iaitu di negerinya, di negeri lain, di darat, di laut, di hutan, di lembah, ataukah di bukit. Begitu juga masanya, barangkali esok kalian akan mati atau tertimpa musibah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila Allah berkehendak akan mencabut nyawa seseorang hamba di suatu negeri, maka Dia menjadikan baginya di negeri itu suatu keperluan (yang mendorongnya pergi ke negeri itu)."

"Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Maha Mengenal."

PengetahuanNya meliputi segala sesuatu, baik yang kelihatan maupun yang ghaib, baik yang zahir (kelihatan) maupun yang batin (tersembunyi). Dia mengenal yang tersembunyi sebagaimana Dia mengenal yang zahir (kelihatan).

Kelima perkara yang disebutkan dalam ayat ini merupakan kunci-kunci keghaiban, iaitu perkara ghaib yang hanya Allah sendirilah yang mengetahuinya. Dia merahsiakannya sehingga tidak diketahui oleh nabi, malaikat yang dekat maupun manusia. Maka tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya kecuali setelah dia diberi tahu oleh Allah s.w.t. tentangnya.

Di antara hikmahNya yang sempurna adalah Dia menyembunyikan kelima perkara ghaib ini kerana dalam menyembunyikannya terdapat maslahat sebagaimana telah diketahui dengan jelas bagi orang yang memikirkannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kunci-kunci semua yang ghaib itu ada lima, tiada seorang pun yang mengetahuinya kecuali hanya Allah, iaitu sesungguhnya Allah, hanya di sisiNyalah pengetahuan tentang hari kiamat; Dialah yang menurunkan hujan; Dia mengetahui apa yang ada di dalam rahim; tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan diusahakannya esok; dan tiada seorang pun yang mengetahui di bumi manakah dia akan mati; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Sumber : https://www.tafsiralquranbahasamelayu.com/2019/05/3133-34-tafsir-surah-luqman-ayat-33-34.html

BANGSA MELAYU DAN KERIS

Friday, October 22, 2021

BACAAN AL FATIHAH YANG TEPAT


Bacaan Surah al-Fatihah oleh Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih yg sanadnya terus kepada Rasulullah SAW dan mendapat iktiraf daripada ulama' sedunia.




Sunday, October 10, 2021

AKHIRUL KALAM


 

⚔ ⚔ SANTAPAN MINDA BEKALAN HIJRAH HATI ⚔ ⚔

"Bacalah dengan  (menyebut) nama  Tuhanmu yng menciptakan. 
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah, 
dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) 
dengan perantaraan kalam."
(al-Alaq:1-5)

SANTAPAN MINDA BEKALAN HIJRAH HATI

IQRA' CARA CEPAT BELAJAR & MENGAJAR AL-QURAN : USTAZ MOHD AZMI MD YASIN
PENERBIT TALAQQI ENTERPRISE (2018) : RM14.00

MUSHAF AL-QURAN CETAKAN DARI SYRIA - RM330.00
(SWEET IN MY HEART)
MISTERI SOLAT SUBUH : DR. RAGHIB AS-SIRJANI
DARUL NU'MAN (2010) : RM10.00


1. Sahabat Dunia Akhirat : Ustazah Asma Harun
Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (2020) : RM25.00

2. Ya Allah Kepada Mu Aku Kembali : RM29.00
3. Ya Allah Jangan Biarkan Aku Sendiri : RM29.00
4. Ya Allah Aku Rindu Kepada Mu : RM29.00
5. Ya Allah Bersama Mu Aku Bahagia : RM29.00

MAJALAH TEMPATAN PILIHAN HATI KU


MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...