Monday, April 26, 2021

AL Mahdi muncul 2021?

FASA KELAHIRAN 3 Fakta BERSANDARKAN hadis dibentangkan disini untuk kefahaman dan kajian kita perihal masaalah kedatangan Al Mahdi. Mungkinkah fakta hadis tersebut memberikan ilham kpd kita tentang bilakah tarikh kelahiran Al Mahdi ? Fakta 1-Hadis 1. "Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku 2 Gerhana berturut-turut pada bulan Ramadhan.." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al mahdi Al Muntazar) Hadis 2. "Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi) Hadis 3. "Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan) Hadis 4. "Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37) Berikut adalah peristiwa dua gerhana yg pernah direkodkan di bulan Ramadan Ramadhan 1981 1. 1st Ramadhan – 2nd July Thurs 2. Lunar Eclipse à16nd Ramadhan (July 17nd Fri) 3. Solar Eclipse à 30nd Ramadhan (July 31st Fri) Ramadhan 1982 1. 1st Ramadhan (22nd June Tues) 2. Solar Eclipse à 30nd Sa’aban (June 21st Mon) 3. Lunar Eclipse à 15nd Ramadhan (July 6th Tues) Ramadhan 2005 1. 1st Ramadhan – 05rd Oct Thur 2. Solar Eclipse Oct 03st Mon (29 Sa’aban) 3. Lunar Eclipse Oct 17th Mon (13 Ramadhan) - Berdasarkan Hadis 1 dan 4…. Gerhana pada Ramadhan 1981 lebih bertepatan dgn maksud. Dan jika hadis tersebut dimaksudkan dgn kelahiran Al Mahdi… maka adakah 1981 tahun kelahiran beliau? Dikhabarkan zahirnya beliau ketika berusia 40 tahun..maka tahun zahirnya Al Mahdi pada 2021(40+1981)..wallahualam. Fakta 2 – Hadis Sebuah hadith dari An Nuwas bin Sam’an menyebut: “Kami bertanya:”wahai Rasulullah,berapa lamakah tinggalnya Dajjal dimuka bumi ini?”. Baginda menjawab:” Empat puluh hari, (dimana) satu hari diwaktu itu menyamai setahun, satu hari seperti sebulan, sehari sebagaimana satu Jumaat, semua hari (waktu itu) sama dengan hari-harimu (sekarang ini)” Kami bertanya lagi:”Wahai Rasulullah, sehari yang menyamai setahun itu adakah cukup solat dengan sekali saja dalam sehari?” Baginda menjawab:”Tidak, hendaklah kamu perkirakan (solat itu) untuk satu hari itu sesuai dengan ketentuannya yang berlaku Jika di nisbahkan hari pertama seperti setahun bersamaan dgn 1000 tahun, maka sebulan bersamaan dgn 83tahun, seminggu bersamaan dgn 21 tahun. Dajjal disabitkan dgn usahanya menghancurkan Islam. Samaada Dajjal sebenar, Dajjal palsu, pengikutnya, sistemnya, falsafahnya…semua ini dikategorikan sebagai Dajjal. Tahun pertama(~1000tahun) 900-1924masehi. Kedatangan Dajjal tahun pertama dapat dinisbahkan kpd MISI Dajjal menghancurkan pemerintahan khalifah. Andalusia hingga ke Othmaniah. Tahun kedua (~83 tahun) 1924-1999masehi. Dunia diperintah dari USA melalui PBB dgn penerapan sistem baru kehidupan menggantikan sistem Islam di bidang Politik/Sosial/Pendidikan/Ekonomi. Tahun ketiga (~21tahun) 1999-2020masehi – Pemerintahan dunia diperintah dari Israel dgn menggunakan USA sebagai proksinya. (Bush istiharkan New World Order pada 1999) Tahun keempat 2020 masehi (1999 +21) – 2020 adalah tahun zahirnya Dajjal. Tahun zahirnya Dajjal lebih kurang tahun zahirnya AlMahdi. Fakta 2 hadis diatas MASIH mensasarkan kedatangan 2 manusia akhir zaman ini pada 2020-2021 ?... wallahualam FAKTA 3 – Hadis Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi]. Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW; “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari) Kerajaan Arab Saudi secara rasminya di tubuhkan pada 1932. Khalifah2nya adalah seperti berikut : 1932-1953 : Abd Aziz as-Saud 1953-1964 : Saud ibn Abdul-Aziz Al Saud 1964-1975: Faisal bin Abdul-Aziz Al Saud1975-1982 : Khalid bin Abdul Aziz 1982-2005 : Fahd Bin Abdul Aziz 2005-now : Abdullah bin Abdul-Aziz Al Saud Perebutan takhta khalifah dikhabarkan akan berlaku selepas pemerintahan Raja Abdullah. Beliau adalah Raja Saudi tertua (81thn-2005) yg pernah dilantik dilaporkan gering. Raja Arab Saudi menyerahkan tugasnya kepada Wakil Perdana Menteri Nayef bin Abdul Aziz yang juga Menteri Dalam Negeri Arab Saudi.Bilik Berita Alborz mengutip laporan Islam Times melaporkan kematian Raja Abdullah bin Abdul Aziz. Berdasarkan laporan tersebut, Raja Abdullah beristirahat di Maroko. Saat itu, keadaan Raja Abdullah sakit berat dan meninggal dunia setelah terkena serangan jantung. (IRIB/Farsnews/AR)World Tribune menulis, sumber-sumber oposisi negara ini menyebutkan bahawa Raja Abdullah meninggal dunia di salah satu rumahnya di Maroko. Sementara itu, Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Saud al-Faisal, pada hari itu juga, menyebutkan bahawa Raja Arab Saudi berada dalam keadaan baik.Berita tentang Raja Abdullah penuh konspirasi dan kebenarannya. Mengapa ? Disenario yg lain pula, setelah kematian Raja Abd Aziz..perebutan takhta telah pun berlaku diantara Raja Saud dan Raja Faisal sehingga membawa kepada terusirnya Raja Saud ke Greece dan Raja Faizal di tembak mati diakhir pemerintahannya dan menyaksikan Raja Khalid menaikki takhta. Setelah kematian Raja Khalid akibat sakit, yg kemudiannya diganti oleh Raja FAHD. Pada 1982 menyaksikan huru-hara yg berlaku di Masjidil Haram yg menelan korban 200 org. Kerajaan Saudi ketika itu menerima tekanan yg kuat drp Negara Islam lain diseluruh dunia. Raja FAHD dilihat akrab dgn USA(peperangan Kuwait/Iraq) dan ISRAEL(perjanjian Camp David). Adakah perebutan kuasa itu disabitkan selepas kematian Raja Abdullah ataupun Raja Abd Aziz ? Jika perebutan kuasa itu bersabit selepas kematian Raja Abd Aziz dan berlakunya huru hara di bumi Mekah pada 1982 sepertimana dimaksudkan hadis, maka, tahun 1981 atau 1982 lebih tepat menjurus kpd kelahiran Al Mahdi… Dikhabarkan Al Mahdi muncul diusia 40 tahun maka 2021 adalah tarikh kemunculan zahirnya----wallahualam Oleh : Merong

4 comments:

  1. Dan percayalah saudara....Muhammad Qasim Bin Abdul Karim bukanlah imam mahdi...Wallahu a'lambissawab

    ReplyDelete
  2. Moon was eclipsed on 15 Ramadan 1401 (1981) and the Sun on 29 Ramadan 1401.
    17-Jul-1981 Friday 15-Ramadan-1401
    True Imam Mahdi
    17-Jul-1981-17-Jul-2021-40 years
    False Imam Mahdi
    Muhammad Qasim Bin Abdul Karim
    5-Jul-1976-17-Jul-2021-45 years 12 days

    ReplyDelete
  3. Gerhana pertama 1981 allah nak bagitahu al mahdi akan di lahir kan gerhana 1982 allah nak khabar al mahdi sudah lahir... Kelahirannya pertengahan bulan gerhana pertama july1981 dan jun1982 dan bulan gerhana kedua hampir2 di tengah antara 12bulan.. Walahhuwalam bisawat... Hanya

    ReplyDelete
  4. .. usahakan untuk melihat adanya satu Majlis Jawatankuasa untuk perincikan hadis Imam Mahdi..

    Pada masa mula.. tak aakan Imam Mahdi nak berkata Akulah Imam Mahdi.. jadi kalau nak tahu.. usahakan untuk melihat adanya satu majlis jawatankuasa untuk perincikan hadis Imam Mahdi..

    ReplyDelete

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...